NAJIB Kongsi 9 Gambar di Masjid Jamek: VISI Saya Untuk Bandaraya KL kabarmalay3.blogspot.com

Khalid Samad baru-baru ini terpegun naik MRT yang moden.
Jalan-jalan di kawasan Masjid Jamek tadi, saya terfikir dia ini pernah ke sini tidak?

Masjid Jamek ini kawasan yang amat istimewa kerana di sinilah lahirnya bandar kita melalui titik pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang.
Mungkin saya boleh jelaskan sedikit kepada Menteri. Insya-Allah dia faham dan teruskan visi saya.

Salah satu daripada visi saya adalah untuk melihat potensi bandaraya Kuala Lumpur direalisasikan sepenuhnya melalui beberapa inisiatif.
Saya mulakan dulu dengan projek menaiktaraf Terminal Bas Puduraya yang keadaannya sangat daif.

Kemudiannya diusahakan pula pusat UTC, “Elevated Pedestrian Walkway” Bukit Bintang-KLCC, dan perkhidmatan bas GoKL yang disediakan secara percuma untuk warga kota sebagai kemudahan untuk rakyat.
Saya bayangkan apabila siapnya projek MRT 1, MRT 2, MRT 3 dan LRT 3 mengikut perancangan dan jadual masa ketika Kerajaan BN, saya yakin lanskap Kuala Lumpur akan berubah menjadi bandaraya yang maju, dan mempunyai jalinan yang komprehensif.

Bukan lagi sebuah bandaraya yang tidak teratur dan tidak mesra rakyat.
Namun ada satu perkara yang kita tidak boleh abaikan juga. Malaysia dirahmati dengan pelbagai flora dan fauna serta perairan yang cantik.

Bagaimana kita boleh memelihara persekitaran kita dalam arus pembangunan?
Jika kita lihat bandaraya berdaya huni di seluruh dunia, mereka ada tepian air atau sungai yang dimanfaatkan untuk tarikan ekonomi atau daya boleh huni.

Misalnya Thames River di London.
Maka, projek River of Life dilaksanakan agar Kuala Lumpur juga boleh menjadi bandaraya yang berdaya huni tinggi dan penduduknya mempunyai kualiti hidup tinggi.

Untuk 2 sebab - ekonomi rakyat dan daya huni (livability).
Sungai Gombak dan Sungai Klang dibersihkan mengikut fasa dan diberi nafas baru sebagai Pusat Warisan dan Komersial bagi Greater Kuala Lumpur.

Ia bukan sahaja akan meningkatkan nilai hartanah di kawasan sekitar, tetapi lebih penting sekali ia mewujudkan satu sistem ekonomi setempat dengan River of Life sebagai tarikan pelancong.

Siapa yang pernah berkunjung ke sini pada waktu malam, tentu faham maksud saya.

Bagi yang belum lagi, saya galakkan untuk bawa kawan-kawan dan keluarga sekali dan lihat River of Life. Cantik! Antara keunikannya ialah air pancut muzikal dan Kolam Biru.

Perubahan ini sudah tentu dapat memberi pendapatan yang lebih banyak kepada industri-industri perkhidmatan dan sokongan.

Penduduk di sekitar Kuala Lumpur hari ini sudah boleh mula beriadah di sepanjang jajaran sungai di kawasan sekitar Panggung Bandaraya, Masjid Jamek, Bangunan Sultan Abdul Samad, dan Pasar Seni.

Pada bulan lepas Disember 2018, saya baca artikel Independent telah menyenaraikan River of Life sebagai "World's 10 Best Waterfront Districts".

Ini satu pengiktirafan yang baik dan bagi saya ini hanyalah permulaan juga.

Projek ini masih lagi ada fasa-fasa yang perlu diusahakan. Banyak lagi juga idea-idea untuk Kuala Lumpur yang belum sempat kami Kerajaan BN buat.

Bayangkanlah Kuala Lumpur jika kesemua inisiatif yang kita rancang dilaksanakan sepenuhnya.

Sayang sekali saya tidak boleh lagi memantau kemajuannya dan memastikan projek ini berjaya.

Kita doakan yang terbaik untuk Malaysia.

Insya-Allah Khalid Samad faham juga.

Oleh : Najib Razak

Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6

Subscribe to receive free email updates: