Saya syukur dapat menikmati Islam ini asbab doa tuanpuan semua. Kini dah tiba masanya kita semua pakat-pakat berganding bahu dan sentiasa menyampaikan dakwah ini...
Jaga agama Islam ini sama-sama. Teringat Mufti Zainal Abidin rah kata usaha Nabi Muhammad saw ada 2. Satu ajak kepada iman dan Islam. Kedua tinggalkan asobiyah..
Janganlah mulakan lagi dengan perkara seperti icerd dan lain-lain. Buat orang atasan tegaslah dalam perkara ini. Pemimpin semua akan diikat diakhirat nanti ditanya tentang Islam ini. Jangan benarkan mana-mana menteri atau sesiapa dalam perlimen atau media mula menyentuh perkara yang tak patut disentuh. Jangan hina Islam. Hina Nabi saw. Perlekehkan Islam..Jangan kerana beberapa patah perkataan menteri seperti ini..kasih sayang dan perpaduan kita rakyat Malaysia berpecah. Kita telah hidup aman damai selama ini. Berkasih sayang sekian lama..orang bukan Islam tak faham Islam melainkan kita kena terangkan. Tapi bila kita yang Islam takut sampaikan kebenaran malah turut menghina Islam orang lain pun turut sama terus menghina. Semoga Allah maafkan kita semua..
Semoga Allah bangkitkan sayangkan Islam dalam hati anak muda kita semua. Tiada perkara lebih mahal lebih dari Islam ini. Semoga jadi asbab hidayah. Tahniah semua. Allah sayang. Siapa yang menghimpunkan seramai ini ialah Allah..subhanallah. tahniah Allah sayang semua. Kita semua sebuah keluarga..walau apa bangsa dan agama. Islam telah kita mengajar cara hidup yang sempurna dalam segala hal. Tanpanya apalah jadi hidup kita sekarang..
Tahniah perhimpunan paling terkawal dan berkat dengan zikir selawat doa dan kasih sayang dan solat berjemaah. Himpunan yang menarik rahmat Allah insyaAllah-ebitlew (pinjamGambarOranglainte kiu) #himpunan812 #AllahSayangSemua
Oleh : Ustaz Ebit Liew (beliau merupakan seorang pendakwah bebas)
#CelahGelegar