Benarkah MALAIKAT juga buat SALAH seperti Kerajaan PH? kabarmalay3.blogspot.com


Malaikat Tidak Melakukan Kesilapan
================ 
1. Dalam aqidah Islam, jumhur ulama’ menegaskan bahawa para Malaikat itu tidak melakukan kesilapan. Pandangan ini dinyatakan oleh al-Qadi Iyyad dan Al-Imam al-Suyuti. Mereka berhujah dengan dua ayat daripada al-Quran (Surah al-Tahrim: 6 dan Surah al-Anbiya’: 27) yang menggambarkan sifat Malaikat itu menerima arahan dan tidak melakukan kesilapan.  

2. Sheikh Said Sabiq ketika menghuraikan perkara ini turut berhujah dengan ayat 6 dari surah al-Tahrim. Pandangan ini menurut Sheikh Hasan Ayyub adalah pandangan yang lahir dari kesepakatan jumhur ulama berdasarkan dalil dari Quran dan Sunnah. (Said Sabiq, Aqidah Islamiyyah, 1/114, Hassan Ayyub, Tabsit, 1/186)

3. al-Imam al-Suyuti juga menggunakan ayat pertama dari Surah Fatir yang menyifatkan Malaikat sebagai utusan (Rasul), dan utusan Allah tidak mungkin melakukan kesilapan. (Umar Sulayman al-Ashqar, Alam al-Malaikat, 1/26).

4. Namun menurut al-Imam al-Qurtubi pula, terdapat juga mereka yang berpandangan bahawa Malaikat melakukan kesilapan. Mereka memetik pandangan dari ahli kitab (dikalangan Yahudi dan Kristian) berhubung kisah Harut dan Marut. Kisah ahli kitab ini sangat ganjil apabila mereka menggambarkan Malaikat tersebut telah meminum arak, menyembah berhala dan membunuh bayi.

5. Atas dasar itu itu, pandangan ini ditolak keras oleh sarjana Muslim termasuklah al-Imam al-Qurtubi, Ibn Kathir dan Sheikh Atiyyah Saqar. Menurut mereka, sandaran hujah Israiliyyat (kisah yang datang dari Bani Israel) yang dibawa oleh mereka ini disifatkan sebagai daif (lemah) bahkan bertentangan dengan al-Quran dan usul aqidah Islam. (Tafsir al-Qurtubi, 2/52, Umar Sulayman al-Ashqar, Alam al-Malaikat, 1/26).

6. Adalah sangat jelas menurut al-Quran, para Malaikat itu disifatkan sebagai makhluk yang sangat taat pada Allah serta tidak melakukan kesilapan dan dosa.

Moga Allah membimbing kita semua.

Oleh:Dr. Ahmad Sanusi Azmi

#CelahGelegar 

Subscribe to receive free email updates: