[TURUN RAMAI2] Solidariti Himpunan Suara Ummah Justice4Adib 21 Dis di masjid Putra, Putrajaya kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) akan menganjurkan Solidariti Himpunan Suara Ummah "Justice For Adib" di hadapan Masjid Putra, Putrajaya, Jumaat, 21 Disember lusa.

Himpunan tersebut dianjurkan atas perasaan duka ummah atas kembalinya ke rahmatullah Wira Negara Pegawai Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, malam kelmarin.

Solidariti UMMAH mengadakan himpunan tersebut berobjektif utama untuk menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorty Punusamy meletakkan jawatan.

Sehubungan itu, UMMAH bersama NGO-NGO lain yang bersamanya menyeru rakyat untuk beramai-ramai menyertai himpunan tersebut sebagai kebersamaan mengemukakan tuntutan.   #CelahGelegar

Subscribe to receive free email updates: