Zahid tolak dakwaan laporan AS, serang Dr M ‘yang pernah tangkap saya’ kabarmalay3.blogspot.com

 
Timbalan PM itu berkata pentadbiran selepas Dr Mahathir lebih telus dan tidak sewenang-wenang menangkap pemimpin pembangkang.


ahmad-zahid-hamidi-maria-chin-arrest

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mempertikaikan laporan Amerika Syarikat yang mengkritik penggunaan undang-undang keselamatan untuk menghalang ahli politik pembangkang di Malaysia.

“Siapa yang ditahan? Yang ada penahanan politik ialah ketika zaman Dr Mahathir,” kata timbalan perdana menteri itu. merujuk bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zahid berkata di bawah Dr Mahathir, pembangkang ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Termasuk dikenakan dengan orang yang bercakap ini,” kata Zahid yang pernah ditahan di bawah ISA pada 1998, susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

Menurutnya, sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, penangkapan tidak dilakukan semata mata perbezaan pegangan politik.

“Tetapi kerajaan kita lebih telus and lebih terbuka dalam mendepani perbezaan politik.”

Laporan mengenai tindakan anti-keganasan sepanjang 2016 diterbitkan Jabatan Negara Amerika Syarikat baru-baru ini menyatakan kerajaan Malaysia menggunakan undang-undang keselamatan negara bagi “menangkap, memenjarakan dan mengganggu pengkritik dan pembangkang”.

Ia turut menyebut penangkapan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma pada November lalu.

Zahid bagaimanapun berkata Maria tidak ditangkap atas perbezaan politik.

Subscribe to receive free email updates: