DIMANAKAH MENTERI INI DIHARI PENGKEBUMIAN MOHAMMAD ADIB?
Sebelum mereka menjadi Kerajaan pusat mereka rajin pergi ke majlis pengkebumian. Kerana mereka kononnya "Pejuang Rakyat". Mereka sangup usung keranda sampai ke tempat Pembakaran Mayat. Mereka sangup tunduk hormat kepada mendiang Teoh Beng Hock.
Pada 20 Januari 2009 di Subang, mayat A Kugan seorang tahanan kes samun kereta mewah yg mempunyai rekod jenayah lampau telah mati dlm lokap. Kaum India termasuk di kalangan pemimpin NGO dan pemimpin politik begitu hebat mengecam pihak polis dan kerajaan...
Malah ketika hari pengkebumian mereka cuba mencetuskan kontroversi apabila kira2 1000 org berarak kononnya mahu menuntut keadilan bg pihak mendiang...
Gambar Kenangan Menteri yang prihatin melawat kuil Mariamman dan mangsa India yang terlibat kes perpindahan kuil tersebut
Ironinya, pada 27 November 2018 seorang anggota bomba telah dipukul sehingga koma sewaktu menjalankan tugas ketika mahu membantu memadamkan kebakaran di kuil Hindu di Subang.
Harus diingat, Adib cedera parah dan akhirnya meninggal dunia sewaktu bertugas untuk negara sedangkan A Kugan mati sewaktu dlm tahanan kerana kes samun. Sengsara Adib tidak ramai yg berkongsi tetapi kematian A Kugan dan BengHock mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan pemimpin DAP yang kini mereka sudah bergelar Menteri!
#Justice4Adib
-Geng Atas Pagar