Puisi Mufti Perlis :"Orang-orang BANGSAT, membunuh insan yang berkhidmat' kabarmalay3.blogspot.com


Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menukilkan sebuah puisi bagi mengambarkan hari sedih se Malaysia, susulan pemergian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, malam semalam.

Menulis puisi berjudul 'Hari ini bumiku menangis' Dr Asri mendedikasikannya buat perjuangan Muhammad Adib yang tegar memberi khidmat bakti buat anak bangsa meskipun pengorbanannya akhirnya meragut nyawanya sendiri.

Tulis Dr Asri, Muhammad Adib pergi dek kerana golongan yang tidak tahu bersyukur, menghasut ke arah kerosakan.

Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan.

Berikut merupakan nukilan Dr Asri.

HARI INI BUMIKU MENANGIS

Hari ini airmataku menitis
Bumiku juga turut menangis
Pada peristiwa yang trajis
Pada darah dia yang merenjis

Orang-orang yang bangsat
yang tidak tahu hormat 
membunuh insan yang berkhidmat 
tanpa alasan melainkan jahat

sebalik mereka ada lidah penghasut
api permusuhan disembur disebut
segala pembohongan diangkut disangkut
kononnya di sini mereka hidup merempat melukut 

setelah ditabur baik budi
diberi ruang berkongsi bumi
tidaklah pula tahu hargai
apakah itu jasa dan bakti

kita ingin hidup damai dan aman
sama berkongsi pemberian Tuhan 
tapi, mesti ada adab ada sempadan
itulah kehidupan seorang insan

namun.. 
jika cacing naik ke mata
yang dicari hanya sengketa
maka kasarlah yang diminta
bangkit amarah bangkit segala

tiada penawar bagi pengkhianat 
bawalah mereka khalayak rakyat
hukum dan undang mesti diangkat
jika pertiwi mahu harmoni selamat
perosak kedamaian mesti ditamat

Dr MAZA

18/12/18

Subscribe to receive free email updates: