Seorang blogger Pakatan Harapan, Shabudin Husin menyatakan kebimbangan bahawa kemasukan Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu selain untuk mengukuhkan lagi kedudukan Perdana Menteri, ia mungkin terjajar kepada tujuan serta maksud untuk menidakkan berlakunya peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim sebagaimana yang telah dijanji dan dipersetujui sebelum Pakatan Harapan menang PRU14 yang lalu.
Tambahnya lagi, dalam banyak keadaan, meskipun Tun Mahathir selalu mengatakan beliau akan menepati janji berhubung peralihan kuasa itu, kerapkali juga kata-katanya agak tergantung, "saya mungkin jadi Perdana Menteri kurang daripada dua tahun dan mungkin juga lebih dua tahun."
Tidak pernah sama sekali Tun Mahathir berkata, "cukup-cukup dua tahun nanti saya akan serahkan jawatan Perdana Menteri ini kepada Anwar."
Sementara ada persetujuan mengenai peralihan kuasa kepada Anwar, kecenderungan Tun Mahathir terhadap Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR terlihat sungguh nyata sejak awal lagi.
Beliau yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 lalu dan tidak disenaraikan oleh PKR sebagai calon menteri, telah dipilih oleh Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Hal Ehwal Ekomoni dalam kabinetnya.
Dengan jawatan tersebut, Azmin bukan saja menjadi antara menteri yang menguasai kementerian paling kanan dalam kerajaan, bahkan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Khazanah, badan pelaburan utama kerajaan bersama Tun Mahathir selaku Pengerusinya.
Dengan yang demikian, ia menyebabkan berlegar cakap-cakap dan andaian bahawa Tun Mahathir lebih cenderung mahukan Azmin sebagai penggantinya berbanding Anwar.
Cakap-cakap dan andaian itu mungkin segera berkubur jika Tun Mahathir berani bertegas menyatakan "cukup dua tahun saya akan berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar."
Namun, ia tidak pernah sesekali dilakukan Tun Mahathir, malah di sebalik ayat "mungkin kurang dua tahun dan mungkin lebih dua tahun" menjadi Perdana Menteri, beliau ternampak cuba mengukuhkan kedudukannya melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti.
Selain itu, Tun Mahathir juga dilihat tidak sekepala dengan parti cauvinis dan rasis DAP. Banyak isu sejak akhir-akhir ini menjelaskan perkara ini.
Tun Mahathir sejak awal berpolitik telah menunjukkan sikap Ultra Melayu walau dalam masa sama boleh bertimbang rasa dengan kaum-kaum lain.
Namun, serangan parti rasis DAP terhadap Tun Mahathir secara terbuka terutama dalam isu Pilihanraya Tempatan jelas sikap yang biadap DAP terhadap Perdana Menteri PH yang dalam kalangan mereka sendiri.
Siapa tidak kenal perangai Tun Mahathir, jika perkara ini berlaku ketika beliau menjadi PM ke-4 dahulu, Lim Guan Eng, Menteri rasis DAP tersebut sudah lama mengangkat bag dan keluar meninggalkan Kementerian Kewangan.
Mungkin bila beranjak tua, kesabaran Tun Mahathir semakin meningkat. Namun, bukan bermakna Lim Guan Eng dan parti rasis DAP itu akan terlepas begitu sahaja. Kita saksi kan episod yang seterusnya.
Adakah peliwat dan pemusnah kontrak sosial boleh memerintah negara atau sebaliknya.
Tungguuuuuu