“Mujahid lupa, bahawa sikap Lim Guan Eng yang sekian lama menipu rakyat berkenaan hutang negara yang kononnya mencecah RM1 trilion telah menakutkan begitu ramai pelabur dari dalam dan luar negara, sehinggakan nilai matawang kita merosot teruk apabila berbilion ringgit dibawa keluar oleh pelabur-pelabur tersebut. Pengaliran keluar dana pelaburan ini sekaligus menimbulkan kegusaran di kalangan pendeposit Tabung Haji yang turut menarik keluar simpanan mereka sejak penghujung bulan Mei 2018. Perkara ini bukannya satu rekaan, tetapi diceritakan kepada saya sendiri awal pagi semalam oleh salah seorang pekerja syarikat audit yang berurusan dengan Tabung Haji yang tidak ingin namanya dipaparkan.”
Raggie Jessy Rithaudeen
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada umat Islam di seluruh negara kerana membantu menjayakan perhimpunan menentang ICERD pada 8hb Disember 2018. Perhimpunan tersebut merupakan perhimpunan terbesar yang pernah diadakan dalam sejarah tanahair ini apabila berjaya mencatatkan kehadiran seramai hampir 1.5 juta orang yang sebulat suara melaungkan hasrat mereka untuk menghancurkan Bangsa DAP.
Penghargaan ini turut saya tujukan kepada Dato’ Azwanddin Hamzah selaku penasihat tetap kehormat Gagasan Tiga, kerana menerusi kewibawaan beliau, barisan kepimpinan G3 telah begitu banyak menimba semangat kepahlawanan dan perjuangan sehingga mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai umat Allah, sejajar dengan misi kami untuk menupuk perpaduan ummah serta memperkasakan keunggulan institusi Raja-Raja Melayu
Saudara saudari yang saya kasihi sekalian,
Bagaimanakah perasaan anda sekiranya tahu, bahawa segala urusan perjalanan Jemaah Haji dari Malaysia ke Makkah setiap tahun bakal dicatur Bangsa DAP, iaitu satu bangsa yang telah berdekad-dekad lamanya mencemuh institusi-institusi Melayu berteraskan Islam serta memecah belahkan kaum Melayu-Islam?
Apakah saudara-saudari tidak akan rasa terkilan, sekiranya mendapat tahu, bahawa bangsa yang selama ini mengutuk, menghina dan memfitnah para pemimpin Melayu-Islam bakal menguasai aset-aset yang bertujuan membantu mereka yang ingin mengerjakan ibadat yang difardhukan Allah s.w.t?
Apakah ini yang dimaksudkan Malaysia Baru yang dilaung-laungkan Bangsa DAP sebelum PilihanRaya Umum ke-14?
Saudara saudari sekalian,
Wujudnya Lembaga Tabung Haji adalah hasil saranan seorang tokoh ekonomi yang tidak asing lagi di kacamata Melayu-Islam, iaitu Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid. Menerusi kertas kerja beliau yang bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji,” satu Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji telah ditubuhkan pada bulan November 1962 bagi menguruskan segala aspek perjalanan Jemaah Haji dari Malaysia ke Makkah. Tidak lama kemudian, bagi memantapkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, kerajaan persekutuan memutuskan supaya perbadanan tersebut digabungkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang pada ketika itu berpusat di Pulau Pinang.
Pergabungan kedua-dua institusi tersebut berlaku pada tahun 1969. Tidak ramai yang tahu, bahawa pergabungan itulah yang menjurus kepada tertubuhnya Lembaga Tabung Haji, atau nama singkatnya, Tabung Haji (TH).
Tertubuhnya lembaga tersebut di bawah Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 adalah bertujuan untuk membolehkan kaum Melayu-Islam menyimpan secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu Haji. Lembaga tersebut turut membantu umat Islam menjana modal dari simpanan bagi perbelanjaan lain yang bermanfaat, di samping membenarkan pendeposit mengambil bahagian yang lebih berkesan di bidang penanaman modal melalui cara yang halal dan berlandaskan prinsip-prinsip Addeen untuk dunia dan akhirat.
Alangkah anehnya, bahawa tertubuhnya TH ini sememangnya mempunyai pertalian sejarah yang rapat dengan negeri Pulau Pinang, iaitu negeri yang sejak kebelakangan ini menjadi pusat operasi strategik Bangsa DAP dalam mencatur perbalahan dikalangan orang Melayu-Islam. Penubuhan TH turut berkait rapat dengan niat Allahyarham Tunku Abdul Rahman untuk mengelakkan runtuhnya struktur ekonomi orang Melayu-Islam, yang pada ketika itu, terpaksa menjual ternakan dan harta benda warisan bagi mencukupkan belanja ke Tanah Suci.
Sedihnya, biarpun DAP pada ketika itu sedang khusyuk melaung-laungkan prinsip kesamarataan ekonomi antara kaum di Pulau Pinang, tidak ada satu apapun usaha dari barisan kepimpinannya untuk memperjuangkan nasib orang Melayu-Islam di luar bandar yang dilanda kemiskinan teruk sebaik sahaja selesai menunaikan fardhu Haji.
Saudara saudari sekalian,
Bukan niat saya untuk menuding jari terhadap Bangsa DAP kerana tidak mengendahkan nasib para Jemaah Haji. Apa yang menggores perasaan saya ialah kesedaran, bahawa tatkala puak-puak yang bersekongkol dengan Lim Kit Siang sedang asyik memperjuangkan konsep “nation building” berteraskan prinsip kesamarataan, usaha Allahyarham Tunku Abdul Rahman meningkatkan ekonomi Melayu-Islam menerusi TH-lah yang akhirnya menjadi bahan pertikaian.
Apa yang membakar jiwa saya, adalah hakikat, bahawa tatkala golongan Melayu-Islam di luar bandar sedang ditimpa kemusykilan, Lim Kit Siang asyik mempersoalkan hak mereka dan kedudukkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi kebangsaan sehinggalah timbul keresahan di kalangan raja-raja Melayu dan kaum Melayu-Islam terhadap Bangsa DAP.
Pucuk pangkalnya, bukan hanya perjuangan Kit Siang pada ketika itu bertumpu kepada Bangsa DAP semata-mata, beliau tidak sedikitpun gentar mahupun bertolak ansur dalam mempersoalkan segala apa yang berkaitan Melayu-Islam, biarpun tindak-tanduknya menyebabkan sebahagian besar daripada umat Islam berasa begitu tertekan. Tingkah lakunya yang secara tidak langsung memperlekehkan nasib kaum Melayu-Islam begitu menggores perasaan mereka, sehinggalah timbul ura-ura bahawa mereka yang turun ke padang pada 13hb Mei 1969 mula dahagakan darah beliau dan tertanya-tanya di manakah beliau berada ketika tercetusnya rusuhan perkauman.
Ya, sungguh dasyat Bangsa DAP ini, sehinggakan sanggup mempertikai segala apa hak istimewa yang di amanatkan Perlembagaan Persekutuan kepada orang Melayu-Islam, biarpun ekonomi Melayu-Islam pada ketika itu sedang merudum di ambang keruntuhan.
Sungguh hinanya manusia yang bernama Lim Kit Siang ini, yang bukan hanya tidak pernah bertaubat, malah terus bertekad untuk meletakkan ekonomi Melayu-Islam di bawah tapak kaki Bangsa DAP.
Hari ini, beliau telah dengan jayanya membawa puak anti-Islam ke tampuk kepimpinan negara dan sedang giat berusaha merompak segala aset milik Melayu-Islam. Sekiranya dibiarkan, akan sampai satu masa apabila kami umat Islam terpaksa menunduk kepada Bangsa DAP, dan akur, bahawa merekalah yang unggul, kamilah yang hina.
Saudara saudari sekalian,
Sudah tiba masanya kami umat Allah bertindak menghapuskan bangsa yang laknat ini.
Masakan tidak, sedangkan pada 11hb Disember 2018, Dato’ Seri Zukri Samad, selaku pengarah urusan TH, telah mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan di bawah kuasa Lim Guan Eng bakal mengambil alih aset-aset TH bernilai hampir RM20 bilion.
Menurut Zukri, pengurusan aset tersebut bakal dilaksanakan menerusi satu “Special Purpose Vehicle” (SPV), atau syarikat penggerak khas, yang pihak saya diberitahu akan di kendalikan oleh orang-orang dari kalangan Bangsa DAP sendiri.
Di sini, dapat kita lihat, bahawa bukan hanya Bangsa DAP telah berjaya merampas harta milik kaum Melayu-Islam, mereka telah berjaya menapakkan satu lagi langkah ke arah meletakkan ekonomi Melayu-Islam di bawah tapak kaki mereka.
Ya, inilah Malaysia Baru yang dimaksudkan Bangsa DAP apabila mereka berkempen menentang kerajaan pimpinan Melayu-Islam sebelum pilihanraya umum ke-14. Umum perlu faham, bahawa bukan 1MDB yang menjadi fokus utama Lim Kit Siang selama beliau menuduh kerajaan Barisan Nasional melakukan kepincangan dalam pentadbiran.
Apa yang sebenarnya diinginkan beliau adalah penguasaan terhadap aset-aset milik Melayu-Islam, iaitu aset-aset TH, Felda dan Felcra yang berbilion ringgit nilainya.
Beliau tahu, bahawa penguasaan aset-aset tersebut oleh anaknya akan sekaligus meletakkan ekonomi Melayu-Islam di bawah tapak kaki Bangsa DAP, dan memastikan, bahawa DAP akan sentiasa mampu meraih undi orang Melayu-Islam di pilihanraya yang akan datang.
Ini bukannya rekaan.
Ini merupakan satu hakikat, memandangkan peneroka-peneroka Felda serta sanak-saudara mereka sahaja sudah berjumlah lebih sejuta rakyat Malaysia, yang sebahagian besarnya turut mempunyai simpanan wang dalam TH.
Adalah dianggarkan, bahawa penguasaan Bangsa DAP terhadap aset-aset strategik milik Felda sahaja bakal memberikan mereka saluran kepada harta bernilai RM7-8 bilion, atas daripada penguasaan mereka terhadap aset-aset TH yang bernilai lebih RM19.9 bilion itu.
Ini sekaligus memberikan Bangsa DAP penguasaan terhadap aset-aset milik Melayu-Islam yang dijangka menjana dana berbilion ringgit dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Tidak mustahil Lim Kit Siang dan kuncu-kuncunya akan memanipulasi pengaggihan dana tersebut sebegitu rupa supaya ianya turut menguntungkan Bangsa DAP. Tidak syak lagi, bahawa regim Lim Kit Siang akan menghulurkan hibah (dividen) yang lumayan kepada pendeposit TH sebaik sebelum pilihanraya bagi meraih undi Melayu-Islam.
Apakah ini yang orang Melayu-Islam inginkan?
Saudara saudari sekalian,
Apa yang Lim Kit Siang telah berjaya lakukan hari ini adalah perkara yang tidak berjaya beliau lakukan di Pulau Pinang pada tahun 1969.
Pada ketika itu, orang Melayu-Islam telah bangkit sedar akan perkara yang ingin beliau laksanakan dan bersatu menentangnya dengan niat memartabatkan ekonomi Melayu-Islam.
Apakah kita akan berdiam diri kali ini?
Apakah kita tidak sedar, bahawa wujudnya aset-aset TH adalah hasil titik peluh dan pengorbanan kaum Melayu-Islam, yang pada satu ketika dulu, diperlekeh dan dikutuk Bangsa DAP dalam pada Lim Kit Siang berpura-pura memperjuangkan prinsip kesamarataan ekonomi antara kaum?
Sudah-sudahlah kita berdiam diri apabila diperlakukan begini. Sudah-sudahlah kita ditipu, bahawa aset-aset TH terpaksa diambil-alih oleh kementerian Lim Guan Eng kerana berlaku kepincangan dalam pengurusan TH. Tidak sekali-kali akan saya persoal tindakkan kerajaan persekutuan menghadapkan mereka yang mengkhianati kepercayaan para Jemaah Haji ke mahkhamah sekiranya benar-benar berlaku kepincangan. Tetapi usahlah Bangsa DAP menipu kami bahawa wang TH telah dirompak.
Ya, Lim Kit Siang, usahlah bangsa engkau memperdaya kami umat Allah semata-mata kerana ingin meletakkan ekonomi Melayu-Islam di bawah tapak kaki engkau.
Saudara saudari sekalian,
Sedarlah, bahawa Dato’ Seri Dr Mujahid Yusuf sememangnya sedang diperalatkan Bangsa DAP bagi mengaburi mata rakyat.
Sepertimana yang didedahkan oleh Dato’ Azwanddin Hamzah baru-baru ini, segala apa yang dilakukan oleh Mujahid sememangnya telah lama dirancang bagi menimbulkan persepsi negatif kepada rakyat. Umum perlu faham, bahawa Mujahid sengaja menyembunyikan hakikat bahawa hibah (dividen) yang deberikan TH kepada pendeposit sejak tahun 2014 adalah berdasarkan nilai matawang dan keadaan ekonomi semasa pada ketika pemberian tersebut diluluskan.
Ya, sememangnya Bangsa DAP telah lama merancang untuk menuduh TH merompak duit pendeposit, sedangkan hibah (dividen) yang deberikan kepada pendeposit telahpun diluluskan syarikat-syarikat audit dalam dan luar. Sudah tentulah syarikat audit yang membuat penilaian semula berdasarkan situasi ekonomi dan nilai matawang hari ini akan mencatitkan defisit yang besar.
Hakikatnya, defisit yang direkodkan syarikat audit PricewaterhouseCoopers baru-baru ini berpunca dari kejatuhan nilai aset-aset TH berikutan kepincangan dalam pengurusan ekonomi oleh Bangsa DAP sendiri dan bukannya disebabkan kepincangan dalam pengurusan TH.
Mujahid lupa, bahawa sikap Lim Guan Eng yang sekian lama menipu rakyat berkenaan hutang negara yang kononnya mencecah RM1 trilion telah menakutkan begitu ramai pelabur dari dalam dan luar negara, sehinggakan nilai matawang kita merosot teruk apabila berbilion ringgit dibawa keluar oleh pelabur-pelabur tersebut.
Pengaliran keluar dana pelaburan ini sekaligus menimbulkan kegusaran di kalangan pendeposit TH yang turut menarik keluar simpanan mereka sejak penghujung bulan Mei 2018.
Perkara ini bukannya satu rekaan, tetapi diceritakan kepada saya sendiri awal pagi semalam oleh salah seorang pekerja syarikat audit yang berurusan dengan TH yang tidak ingin namanya dipaparkan. Menurut pekerja ini, kenyataan Mujahid langsung tidak mencerminkan situasi sebenar dan bertujuan manghalalkan ‘penjualan’aset-aset TH kepada Bangsa DAP.
Saudara saudari sekalian,
Saya sudahi perutusan ini dengan menyeru umat Islam di Malaysia supaya bersatu menentang Bangsa DAP yang sememangnya berusaha keras memecah belahkan kaum Melayu-Islam.
Umum perlu faham, bahawa segala apa yang berlaku hari ini sedang menjurus ke arah runtuhnya sesebuah tamadun yang terulung di rantau Asia Tenggara dan tersungkurnya suatu peradaban Islam yang terulung di bumi Allah ini.
Jangan sekali-kali memandang remeh perkara ini, malah akuilah, bahawa sekiranya Bangsa DAP berjaya menguasai ekonomi Melayu-Islam, umat Islam di negara ini akan jatuh tersungkur di bawah tapak kaki Lim Kit Siang dalam pada kuncu-kuncunya memarakkan usaha mereka memperkosa hak-hak istimewa Melayu-Islam dan institusi-institusi diraja.
Sekian.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
https://ift.tt/2A2RyZH