Wan Saiful MESTI LETAK JAWATAN, tidak perlu minta maaf kabarmalay3.blogspot.com

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan tidak perlu memohon maaf atas kegagalannya menepati janji menghapuskan pinjaman itu.
Sebaliknya, menurut mantan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Wan Jan harus meletak jawatan itu dan berikan kepada orang yang layak serta mampu melaksanakan janji.
“Maka apa yang saudara (Wan Saiful) perlu lakukan? Ikut cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkagumi amalan berani Jepun dengan melakukan hara-kiri apabila ternyata gagal.
“Tak perlu guna Samurai atau Bon Samurai. Bagi saja kerusi (jawatan) Pengerus PTPTN kepada yang layak dan mampu laksanakan janji. Nokhtah..,” katanya dalam status yang dimuatnaik menerusi Twitter beliau hari ini.
Beliau respon kepada kenyataan penulis Buku Harapan itu yang disiarkan Berita Harian hari ini, secara terbuka memohon maaf kerana gagal menepati janji menghapuskan pinjaman PTPTN.
Wan Saiful berkata, agensi itu sudah cuba mencari mekanisme terbaik untuk merealisasikan manifesto Pakatan Harapan (PH), namun gagal.
“Saya antara yang terbabit menulis janji manifesto PH. Saya yang bertanggungjawab dalam hal ini, termasuk janji menangguhkan pembayaran semula oleh peminjam yang berpendapatan bulanan di bawah RM4,000.
“Saya mohon maaf kepada rakyat. Ketika itu (merangka manifesto), saya tidak tahu hutang negara dan PTPTN sangat besar,” kata Wan Saiful. – MalaysiaGazette

Subscribe to receive free email updates: