1. Bagaimana sebuah bangsa asal yang menerima orang asing, bahkan siap diberi tinggal dan berkongsi kemewahan bersama-sama dengan bangsa asal boleh dianggap rasis?
2. Mana ada lagi bangsa lain di dalam dunia ini sebaik dan 'semurah hati' orang Melayu?
3. Di China sekarang ini, lebih sejuta kaum Uighur disumbat ke dalam kem tahanan untuk proses asimilasi dan menghapuskan jati diri Islam mereka.
4. Bahkan di negara maju seperti Amerika sendiri, kaum kulit hitam ditindas oleh kaum kulit putih sehingga kini. Itu pun kedua-duanya adalah pendatang yang sama agama, cuma berbeza warna kulit.
5. Tidak ada negara lain di dunia yang bangsa asalnya menerima bangsa asing dengan tangan terbuka.
6. Itulah hebatnya orang Melayu. Walaupun berbeza warna kulit, agama, budaya, bangsa, tapi masih boleh menerima orang asing di dalam "rumah" mereka.
7. Cuma ingatan agar jangan naik kepala dicabar dan dihalau pula tuan rumah dari rumah sendiri.
8. Jangan dihina warisan cara hidup nenek moyang kami yang bermurah hati berkongsi segala-galanya dengan nenek moyang kamu. Kesabaran orang Melayu ini ada hadnya.
9. Bak kata pepatah Melayu "jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga"
.
*sila like page fb NEGARA INSIDER. Mereka memerlukan sokongan anda*