Siapa Pemilik Sebenar Kapal Equanimity? Kenapa "Bersiar-Siar" ke Langkawi kabarmalay3.blogspot.com




Persoalan mengenai status kapal mewah Equanimity kini dilaporkan berlabuh di Langkawi terjawab apabila peguam syarikat 1MDB memberi pengesahan kepada Malaysiakini hari ini.
Menurut Jeremy Joseph kapal persiaran berkenaan akan berada di pulau pelancongan dan legenda berkenaan sehingga proses membidanya berakhir pada 28 Nov ini.
Katanya Equanimity berlepas dari Pelabuhan Klang, Selangor semalam dan tiba di Pulau Langkawi hari ini.
"Equanimity dipindahkan ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Langkawi demi menjaga keselamatan dan pemeliharaan kapal tersebut.
"Langkawi mempunyai persekitaran yang sesuai untuk bakal pembida datang melihat dan keadaan air tenang serta latar belakang yang indah.
"Kapal itu akan terus berada di pangkalan berkenaan sehingga 28 Nov," katanya.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan proses bidaan untuk kapal yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu akan berlangsung selama sebulan mulai 29 Okt lalu. 
Menurut peguam 1MDB pihak yang berminat membida kapal tersebut perlu menyediakan deposit sebanyak AS$1 juta.
Katanya langkah itu dibuat bagi memastikan hanya pembida serius menyertai proses tersebut. - MK

Subscribe to receive free email updates: