(PULAK DAH) PPBM nafi Ali Tinju diterima sebagai ahli kabarmalay3.blogspot.com


PPBM hari ini menafikan pemimpin gerakan baju merah, Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, ialah ahli parti itu.
Sumber PPBM berkata, mereka belum meluluskan permohonan keahliannya.
“Beliau hanya menghantar borang permohonan, tetapi belum diluluskan keahliannya,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, bekas anggota tentera yang pernah menyertai “senaman punggung” pada 2012 di luar rumah Pengerusi Bersih ketika itu, Datuk S Ambiga dilaporkan berkata, beliau hilang kepercayaan terhadap Umno susulan dakwaan skandal rasuah mengaitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pimpinan parti itu.
Ali berjanji tidak akan mencetuskan huru-hara atau provokasi dalam parti itu.
“Macam saya kata tadi, apabila berhijrah kena relaks dahulu kerana banyak benda berubah. Apa yang kepimpinan PPBM buat, kita kena ikut, tidak boleh tidak ikut.
“Saya hanya pengikut, bukannya hendak sebarang jawatan parti, bahkan tidak ada bayaran langsung. Saya ingat pesanan Tun Dr Mahathir Mohamad, nak masuk PPBM kena berubah.”-FMT

Subscribe to receive free email updates: