---
Tan Sri Mohamed Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu pada tahun 1960an. Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi. (Cukuplah sekadar ini)
---
Biodata Ringkas Prof. Dr. Kang Kyoung Seok merupakan seorang pensyarah di Busan, Korea Universiti Pengajian
Asing, Jabatan Pengajian Malaysia, Indonesia dan Brunei di Korea Selatan. Beliau fasih berbahasa Melayu. Beliau juga pakar dalam bidang tulisan Jawi dan menurutnya dalam 10 hingga 20 tahun lagi tulisan ini akan pupus jika tidak dititikberatkan penggunaannya dalam kehidupan seharian.
Beliau telah menyediakan dan melengkapkan hasil kajian bagi program ijazah sarjana yang bertajuk ‘Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu’ di bawah penyeliaan Prof. Dr. Hashim Hj Musa yang merupakan pengkaji teori sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam kajian penulis ini. Kemudian, beliau menyambung pengajiannya dalam bidang doktor falsafah dengan menghasilkan penulisan beliau yang bertajuk ‘Analisis Gaya Bahasa Melayu dan Sistem Tulisan Jawi Berdasarkan Beberapa Manuskrip Melayu “ Sejarah Melayu”.
Beliau juga banyak menghasilkan buku dan karya mengenai tulisan Jawi. Hal ini menunjukkan beliau begitu berminat mengenai tulisan Jawi yang merupakan warisan peradaban masyarakat Melayu. Antara karya-karya yang dihasilkan ialah:
i. Brief Analysis on the Manuscript Jawi OR1760 (Sejarah Melayu, 1989).
ii. Jalan ke Penemuan Semula Tamadun Melayu, 1989.
iii. Tulisan Jawi dalam Konteks Pengajian Melayu, 1985.
iv. Analisis Gaya Bahasa Melayu dan Sistem Tulisan Jawi Berdasarkan Beberapa
Manuskrip “Sejarah Melayu”, 1991.
v. Gaya Bahasa Sejarah Melayu, 1995.
vi. Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu pada tahun 1986 dan cetakan kedua pada tahun 1993.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa beliau begitu mahir mengenai tulisan Jawi walaupun bukan seorang anak Melayu jati. Beliau tiba di Malaysia dalam tahun 1984 untuk mendalami pengajian dan penyelidikan mengenai tulisan Jawi secara lebih terperinci dan ramai yang telah memberi sokongan kepada beliau untuk mendalami tulisan warisan masyarakat Melayu ini. Keadaan ini menjelaskan bahawa tulisan Melayu kini bukan hanya dipelajari oleh Melayu sahaja tetapi bangsa lain juga turut mendalami tulisan yang menjadi warisan kebudayaan Melayu.
Sumber: Khairul Izwan Jr.