kerajaan PH MESTI laksana sekolah satu aliran, ABAIKAN saja DAP kabarmalay3.blogspot.com


28 Safar 1440H, Selasa – Sudah tiba masanya kerajaan Pakatan Harapan mempertimbangkan untuk melaksanakan sistem persekolahan satu aliran iaitu sekolah kebangsaan (SK), selain menilai semula sekolah vernakular dalam usaha membentuk perpaduan kaum di negara ini.
Presiden Professional Muslim Community (PMC), Hazwan Mohamad berkata, isu sistem persekolahan satu aliran pernah menjadi hasrat yang disuarakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika meninggalkan jawatan sebagai Perdana Menteri keempat pada tahun 2003.
Beliau berkata, isu itu terus disebut Dr Mahathir pada 2012 dan mengulangi pendirian yang sama pada 2014, sebelum ia disuarakan sekali lagi oleh beliau tahun ini, selepas kembali memegang jawatan sebagai perdana menteri ketujuh.
“Tahun ini, apabila Tun menduduki kembali kerusi Perdana Menteri Malaysia, beliau sekali lagi menyatakan pendirian beliau. Tun menyebut bahawa sekolah vernakular menjadi penghalang perpaduan kaum di Malaysia;
“Ini bermakna berlainan bangsa pergi ke sekolah yang berbeza. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan apabila mereka tamat sekolah, mereka pergi bekerja dengan kaum lain yang tidak mereka kenali. Ini menjadi penghalang kepada perpaduan negara,” katanya yang memetik kenyataan Dr Mahathir sebelum ini.
Justeru, Hazwan berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan baharu Pakatan Harapan menilai semula peranan dan keperluan sekolah vernakular di Malaysia.
“Dalam menelusuri detik-detik Malaysia Baharu, dalam kita mahu ‘membina semula negara’ ini kita perlu jujur dan berani.
“Tidak ada mana-mana negara diseluruh dunia hatta negara jiran kita yang paling hampir, Singapura pun tetap mengangkat sistem pendidikan satu aliran walaupun mereka juga berbilang bangsa,” katanya.
Beliau berkata, pembentangan belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini mencetuskan polemik dan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat apabila kerajaan disifatkan tidak melakukan analisis keperluan yang mendalam berhubung pengagihan peruntukan.
Katanya, jika hasrat Dr Mahathir diteruskan iaitu meletakkan asas pendidikan negara kepada sekolah satu aliran sahaja, maka polemik seumpama itu pastinya tidak akan berlaku.
“Anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan dan anak Iban, semua anak kita, dan semua duduk belajar dalam satu sekolah yang sama, menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bahasa perpaduan seluruh anak Malaysia!
“Bila saya amati balik ucapan Tun ketika mahu meninggalkan Pejabat Perdana Menteri ke-4 tahun 2003 itu, maka tahulah saya, mengapa Tun ketika awal mengangkat sumpah menyatakan hasrat beliau mahu memegang portfolio Menteri Pendidikan.
“Wahai seluruh anak Malaysia, sudah tiba masanya untuk kita jujur dan berani, untuk sebuah masa hadapan Malaysia yang lebih baik dan harmoni,” katanya.

Sekolahh vernakular HALANG PERPADUAN kata Perdana Menteri 

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kewujudan sekolah vernakular di negara ini hanya menjadi penghalang kepada perpaduan rakyat, lapor portal New Malaysia Times.
“Pada permulaannya, kita mahu mempunyai satu sistem sekolah kebangsaan. Bagaimanapun, sesetengah orang meminta agar mereka dibenarkan mengikut budaya mereka sendiri, budaya negara-negara asal mereka.
“Kami membenarkannya, lalu ia menyebabkan wujudnya tiga aliran utama – sekolah kebangsaan di mana mediumnya Bahasa Melayu, sekolah Cina dengan bahasa Mandarin dan sekolah Tamil dengan bahasanya.
“Ini bermakna berlainan bangsa pergi ke sekolah yang berbeza. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan apabila mereka tamat sekolah, mereka pergi bekerja dengan kaum lain yang tidak mereka kenali. Ini menjadi penghalang kepada perpaduan negara,“ katanya pada program bersama rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Bangkok, Thailand, semalam. 
Beliau berkata, kerajaan terpaksa menerima tuntutan yang dibuat oleh kaum lain untuk belajar dalam bahasa mereka sendiri.
Masalah sekolah vernakular sering menjadi isu kontroversi, terutama sejak Dr Mahathir menjadi perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003. 
Beberapa pemimpin UMNO serta kumpulan nasionalis Melayu telah meminta sekolah vernakular dimansuhkan, dengan mengatakan ia menghalang perpaduan negara.
Namun, ini adalah kali pertama Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian sebagai perdana menteri ketujuh.

Subscribe to receive free email updates: