Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Anda sudah teruk menghentam beliau kes kepit piala dan aksi syok sendiri dengan piala tersebut, sepatutnya anda puji lah sedikit sebanyak kerana beliau meletakkan jawatan.
2) Tapi saya nampak, dia letak jawatan pun anda balun semacam saja. Giler punya kejam. Bwahahaha. Saya berpandangan, orang seperti YB Hasnul ini wajar dipuji, kerana berani meletakkan jawatan.
3) Jika anda terus bersikap kejam, susah lah kita nak tengok perubahan kepimpinan. Anda mahu LGE letak jawatan jika dia buat kerja merepek? Sorry lah, dia takkan letak jawatan, sebab dia tahu sikap anda. Letak ke, tak letak ke dia tetap akan kena balun. So, lebih baik dia tak letak jawatan. Begitu.
4) Andai kata kita kasi lah puji-pujian, anggap orang yg letak jawatan tu hero, maybe lah kita akan dapat lihat pemimpin yang rasa bertanggungjawab atas kesilapan, akan meletakkan jawatan, dan diganti pula dengan pemimpin yang lebih baik.
5) Tajuk berita pun tak friendly. Membuatkan orang lain pun tak rasa nak letak jawatan walaupun buat salah silap. Cuba lah buat tajuk "Hasnul berjiwa besar" ka..., "Hasnul contoh pemimpin bertanggungjawab" ka..., "LGE patut contohi Hasnul" ka...contoh...jangan marah pulak. Baru la ia jadi budaya.
Sekian