Bertahun-tahun mereka bertanya mengapa cukai kekayaan, warisan dan cukai keuntungan modal tidak dilaksanakan.
Malah turut dimasukkan bertahun-tahun di dalam belanjawaan alternatif mereka sambil menghasut rakyat bahawa Najib hanya mahu tolong dan pertahankan orang kaya.
Bukti mereka? Kerana cukai-cukai ini tidak diperkenalkan masa saya.
Letih kerajaan BN dahulu menjelaskan mengapa ini tidak dapat dilakukan tetapi PH kata kita berbohong. Mendakwa kita mahu pertahankan kroni-kroni sahaja.
Kini mereka sudah ambil kuasa.
Cukai-cukai yang mereka pernah laungkan-laungkan sekian lama tidak juga diperkenalkan.
Alasan Guan Eng?
Kerana tidak mahu cetus kejutan kepada pasaran modal. Mengundang pelbagai kesan negatif, katanya.
Bukan itu sahaja. Guan Eng juga baru-baru ini mengumumkan PH telah mansuhkan Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Negara (NRRET) yang ditubuhkan masa saya.
Apa tugas NRRET?
Untuk menyasar dan menangkis isu-isu berkaitan pelarian cukai dan duti kastam berskala besar oleh tauke dan korporat kaya, aktiviti penyeludupan dan mengawal pengaliran dana keluar negara secara haram.
Boleh saya buat dakwaan yang sama bahawa PH hanya mahu pertahankan kroni-kroni dan rakan-rakan taikun mereka?
Oleh:Najib Razak