Ini bukan isu perkauman tetapi isu perlembagaan dan kontrak sosial kita serta perlindungan terhadap pelbagai institusi antaranya MARA, UiTM, Askar Melayu DiRaja dan hak-hak mereka di Sabah dan Sarawak.
Hari ini, dua ahli YB DAP mengeluarkan kenyataan yang dinaikkan di laman web rasmi DAP untuk menegaskan "Deklarasi Setapak" yang jadi kerangka ideologi perjuangan mereka pada tahun 1967 perlu diteruskan.
Saya nak tanya kenyataan umum dua ahli YB DAP ini juga merupakan pendirian rasmi Menteri Kewangan dan bapanya yang sudah menjadi kerajaan hari ini?
Apakah Deklarasi Setapak yang sangat tegas dan kukuh bahawa gelaran "bumiputera" mesti dimansuhkan?
Saudara-saudara sila baca sendiri:
https://dapmalaysia.org/statements/2018/11/09/27844/