BNM baru umum rizab negara makin menyusut sejak PH perintah kabarmalay3.blogspot.com


BNM baru mengumumkan kedudukan rizab antarabangsa negara. 

Ia jatuh lagi kepada US$101.7 bilion selepas PRU14 dan mengalami trend menurun akibat pengaliran keluar berterusan dana pelabur asing dari negara.

Sebelum itu ia meningkat naik.

Rizab kita sudah jatuh US$8.3 bilion (35 bilion) sejak pertengahan bulan April.

BNM mengumumkan bahawa paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Kebimbangan saya ialah angka 0.9 kali hutang asing jangka pendek ini.

Sebelum PRU14, tidak pernah saya tengok angka ini di bawah paras 1.0 kali dan biasanya ia ialah 1.1 kali dan ke atas.

Paras 0.9 kali iaitu di bawah 1.0 kali bermaksud rizab kita tidak cukup untuk membayar semua hutang asing jangka pendek bila dituntut dan merupakan satu risiko baru untuk negara.

Maksudnya, kita hutang orang asing US$100 tetapi hanya ada matawang asing berjumlah US$90 untuk membayar.

Guan Eng perlu ambil perhatian.

Oleh :Najib Razak 

Subscribe to receive free email updates: