Bajet 2019: PH ciplak idea BN kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR - Perincian Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat tidak mampu merangsang ekonomi negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara memerlukan program yang boleh merancakkan ekonomi negara
Malah kata Najib, ada ideanya yang telah diciplak kerajaan PH.

"Pada peringkat permulaan saya lihat pembentangan Belanjawan 2019 ini seperti ceramah politik. Apabila saya melihat isi kandungannya tidak ada perkara-perkara besar yang boleh merangsang ekonomi Malaysia.

"Ekonomi dunia semakin lemah dan meruncing, jadi alam keadaan ini kita perlu melaksanakan beberapa program yang boleh merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Malaysia. Saya bimbang tahun hadapan, ekonomi Malaysia akan menjadi lebih lemah," katanya ketika ditemui selepas pembentangan selesai di Dewan Rakyat, hari ini.

Menyentuh soal cadangan kerajaan berkaitan pembekuan kenaikan tol pemansuhan tol bagi motosikal, Najib akui pernah menyuarakan idea tersebut ketika menjadi Perdana Menteri.

"Mereka membekukan kenaikan tol di semua lebuh raya dalam bandar dan memansuhkan tol motosikal Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Laluan Kedua.

"Ketika kerajaan BN mencadangkan perkara ini, mereka telah mentertawakan cadangan itu. Mereka kata kalau mereka menang, mereka akan mansuhkan tol semua sekali.

"Jadi apa yang disebut dalam Belanjawan 2019 ini mengulangi, ciplak apa yang telah dibuat kerajaan BN," katanya.
Katanya, belanjawan PH itu kurang memberi perhatian dalam kesejahteraan rakyat.

"Bidang kesejahteraan rakyat amat berkurangan, jauh daripada apa yang telah dan akan dilaksanakan oleh BN.

"Umpamanya pemberian BR1M jumlahnya telah dikurangkan daripada 7 juta isi rumah kepada 4.1 juta dan kadar bayarannya pun yang kita telah janjikan RM2000 hanya tinggal RM750 sahaja," katanya.

Meskipun kerajaan mengumumkan subsidi bagi kenderaan kecil namun menurut Najib ia tidak memadai.
"Janji-janji PRU14 tidak ditunaikan sebaliknya mereka mungkir janjj. 

Umpamanya mereka laungkan 'kalau hari ini menang, esok harga minyak akan turun RM1.50' sebaliknya harga RON akan diapungkan.

"Ini bertentangan sama sekali dengan janji pilihan raya mereka walaupun ada sedikit subsidi kepada kereta-kereta kecil tapi ia tidak memadai dengan apa yang mereka janji kepada rakyat," katanya.

Tambahnya, kerajaan turut memungkiri janji tentang PTPTN yang sebelum menyebabkan ramai nk muda memberi undi kepada PH

"Mereka janji gaji RM4,000 ke bawah tak payah bayar balik sebab itulah ramai anak muda menyokong mereka tetapi nampaknya sekarang ini hanya mereka yang berpendapatan RM1,000 ke bawah dikecualikan.

"Mana ada graduan yang gaji RM1,000 ke bawah. Ini saya lihat cadangan yang sangat pelik dan tak logik dengan realitinya," katanya.


Menyentuh soal hutang negara dikatakan mencecah RM1 trilion, Najib menegaskan semasa pemerintahannya hutang negara telah berjaya dikurangkan secara berperingkat.

"Malah defisit tahun hadapan kita telah menyasarkan -2.8 tapi dengan bajet ini, defisit negara melonjak kepada -3.7 peratus.

"Ini merupakan satu lonjakan yang amat besar dan ada kemungkinan agensi penarafan antarabangsa boleh 'down grade' Malaysia. Ini satu risiko yang amat besar," katanya.

Najib turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang tidak mengambil kira jumlah aset negara yang bertambah sepanjang tempoh sembilan tahun pentadbirannya.

"Kalau kita ambil kira aset-aset Khazanah Nasional Berhad, Petronas (Petroliam nasional Berhad), Permodalan Nasional Berhad, Bank Negara Malaysia tolak rizab antarabangsa, sebanyak RM500 bilion telah bertambah sewaktu saya jadi Perdana Menteri.

"Ini tidak disebut langsung. Jadi aset negara kita yang besar ini mereka cadangkan untuk membayar tuntutan kerana mereka telah mansuhkan GST. Ini satu langkah jangka masa pendek.

"Kalau kita jual aset atau 'declare' dividen, ini merupakan satu langkah jangka pendek yang boleh menjejaskan masa depan negara kita," katanya.

Katanya, PH menuntut dividen daripada Petronas sekali ganda lebih besar daripada zaman BN.

"Zaman BN biasanya kita minta Petronas RM16 bilion setahun tapi mereka sampai RM30 bilion.

"Ini boleh menjejaskan keupayaan Petronas melabur dalam bidang minyak dan gas seluruh dunia. Aset ini merupakan jaminan masa depan kita," katanya. - SH

Subscribe to receive free email updates: