Katalah satu rumah telah dijadikan sebagai rumah pelacuran, iklan dilakukan secara tersembunyi dan pelanggan datang silih berganti, apakah kerajaan 'Islam' tidak dibenarkan melakukan tindakan ke atas premis ini atas alasan ianya dilakukan dalam premis peribadi? Tidak, kerana walaupun ia dilakukan di ruang peribadi tetapi ia telah diketahui oleh orang lain, dan jika dibiarkan maka akan menyebabkan aktiviti maksiat ini berleluasa.
Kerana itu, walaupun orang Islam boleh minum arak di rumahnya tanpa diketahui oleh penguatkuasa tetapi ia tidak dibenarkan membeli arak di kedai2, dan penjual arak dilarang menjual arak kepada orang Islam. Dan jika ia keluar rumah dalam keadaan mabuk ia boleh dihukum kerana terbukti bersalah. Itu undang-undang Islam, dan undang-undang ini dianggap kolot kerana tidak sesuai dengan semangat liberalisme.
Kerana itu jangan hanya lihat di mana perbuatan itu dilakukan tetapi lihat juga bagaimana dan modus operandinya. Sekali lagi, tiada konsep dosa peribadi dalam Islam, ia konsep sekular-liberal, di mana seseorang itu bebas melakukan apa sahaja dalam ruang peribadinya tanpa sekatan, apabila ia melibatkan hak Allah dan hak sesama manusia.
- Dr. Khalif Muammar