BAPAK U-TURN NEGARA: Mujahid Al... kabarmalay3.blogspot.com


Beberapa jam selepas dia menyatakan kenyataan beliau mengenai operasi khalwat itu tidak salah dan akan menjelaskan lanjut pada hari Isnin tiba-tiba menyatakan kenyataan beliau di salah tafsir pula. 

Mujahid terkenal sebagai Menteri paling "bermasalah" dengan pelbagai tafsiran agama yang menyeleweng namun kemudian nya dibuat pembetulan dengan menyalahkan media yang kononnya membuat tafsiran yang salah. 

Beliau pernah mentafsir kan Hiz Ad Din itu menjaga semua agama dan bukan agama Islam sahaja. Tersebar video ucapan beliau yang dengan jelas beliau menyatakan demikian. Namun beliau telah membuat u-turn apabila dikritik oleh ilmuan Islam. 

Beliau juga pernah menyatakan kaedah dakwah yang dibawa oleh Dr. Zakir Naik yang telah mengislamkan beribu-ribu orang kafir itu tidak sesuai di Malaysia.

Dalam isu terbaru berkaitan operasi khalwat pula tindakan u-turn beliau dilihat seolah-olah memperbodohkan Perdana Menteri Tun Mahathir apabila PM yang tidak berapa mahir Islam itu telah menyokong beliau, namun tiba-tiba ditukar pula kenyataannya. 

Dalam satu segi kita patut menyokong tindakan u-turn oleh Mujahid dalam isu ini kerana puak liberal yang bersungguh-sungguh mahukan operasi khalwat dihapuskan telah digagalkan. 







Subscribe to receive free email updates: