Datuk Seri Najib Razak mempersendakan Pakatan Harapan selepas perdana menteri hari ini berkata lebuh raya tanpa tol tidak mungkin wujud.
Bekas perdana menteri itu mengingatkan gabungan itu yang berjanji mahu menghapuskan tol, malah berkata ia boleh dilakukan tanpa belanja yang terlalu besar.
“Putar belit setiap hari padahal dia yang beri konsesi berat sebelah,” katanya di Facebook, tanpa menamakan individu tersebut.
Najib juga berkata beberapa ahli politik PH bercakap mengenai perkara itu dan ada yang membikin video dan poster yang disukai dan ditonton jutaan orang.
“Hari ini apa cerita?” katanya.
Perdana menteri awal hari ini berkata pembinaan lebuhraya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwjudkan.
Dr Mahathir mendedahkan dia sebenarnya tidak setuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya PH.
“Kami mewujudkan manifesto itu dengan memikirkan bahawa kami tidak akan menjadi kerajaan. Sekarang kami adalah kerajaan dan manifesto ini merupakan beban yang besar.”
“Tetapi pada masa itu, saya menentang. Saya tahu, untuk mengadakan laluan percuma…ia tidak boleh (dilakukan),” katanya lapor Bernama.
Related Posts :
Calon PH DUN Tanah Rata, Waris Anak Petani Yang Menabur Bakti kabarmalay3.blogspot.com
CAMERON HIGHLANDS: Balik ke asal; pepatah ini mungkin paling sesuai buat Chiong Yoke Kong, 35, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi mempe… Read More...
Calon BN DUN "Sungai Lembing", Golongan Muda Penting Di Dekati kabarmalay3.blogspot.com
KUANTAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah sentiasa mendekati orang muda bag… Read More...
Kemenangan Kian Hampir, Calon PAS Kuantan Perlu Bekerja Keras kabarmalay3.blogspot.com
KUANTAN: Calon PAS kerusi Parlimen P.083 Kuantan, Sulaiman Md Derus mempunyai harapan cerah untuk menang kerusi itu pada PRU14 ini.
Ia be… Read More...
Najib: 'Kampus UiTM Raub' Hasil Perjuangan Calon BN DUN Dong kabarmalay3.blogspot.com
RAUB: Kewujudan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub yang terletak di Mukim Gali di sini, adalah hasil perjuangan calon Baris… Read More...
'Dua Ustaz', Graduan UKM & Anak Peneroka Felda Jengka 14 Tanding PRU kabarmalay3.blogspot.com
BANDAR JENGKA: Ramai yang tidak tahu, kisahnya dua orang anak peneroka Felda Raya Jengka 14 dekat sini telah menjadi calon PRU14. Kedua-… Read More...