'Dua Ustaz', Graduan UKM & Anak Peneroka Felda Jengka 14 Tanding PRU kabarmalay3.blogspot.com



BANDAR JENGKA: Ramai yang tidak tahu, kisahnya dua orang anak peneroka Felda Raya Jengka 14 dekat sini telah menjadi calon PRU14. Kedua-duanya adalah bekas seorang guru yang bergelar "Ustaz" dan mendapat pendidikan agama dari universiti yang sama.

Mohamad Rafidee Hashim,  yang memiliki Ijazah Sarjana Muda kepujian, Fakulti Pengajian Islam Usuluddin Dan Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Kuala Krau.

Beliau kini merupakan Ketua Bahagian PPBM Kuala Krau. Beliau akan berhadapan tiga penjuru dengan penyandang Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN) dan Ustaz Kamal Ashaari (PAS) pada PRU14 ini.

Seorang lagi anak peneroka Jengka 14 yang bertanding PRU14 ialah Dr Jamalduddin Hj. Abd Rahim. Beliau yang juga graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) di DUN Pulau Tawar.

Beliau akan ditentang tiga penjuru oleh Datuk Nazri Ngah (BN) dan Ahmad Naawi Samah (PAS). Kerusi DUN Pulau Tawar PRU13 lalu dimenangi oleh Datuk Ahmad Shukri Ismail (BN), menewaskan yang menewaskan calon PAS, Yohanis Ahmad dengan majoriti 3,496 undi.

Apa yang menarik, kedua-dua anak peneroka Felda Jengka 14 ini bertanding atas tiket pembangkang (Pakatan Harapan). #PDO

Subscribe to receive free email updates: