Siri TERKEJUT, lepas satu, satu lagi kabarmalay3.blogspot.com

Jom Terkejut Dan Tepuk!
Saya lagi terkejut bila sampai ke hari ini Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran masih tidak didakwa di bawah Akta Hasutan kerana terang-terang menyebut bahawa orang-orang Melayu adalah pendatang, walaupun puluhan laporan polis telah dibuat terhadapnya.

Saya lagi terkejut bila Hannah Yeoh berkata hukuman sebat di Terengganu bukan bentuk pendidikan, tetapi tidak memberi sebarang bukti sebat macam mana yang bersifat mendidik.

Saya lagi terkejut bila Joseph Lim Guan Eng dibenarkan angkat sumpah sebagai Menteri Kewangan pada 21 hb Mei 2108 sedangkan kes rasuah beliau masih berjalan di Mahkamah pada tarikh yang sama dan Perdana Menteri sendiri menyebut bahawa sesiapa sahaja yang menjadi menteri mesti menyelesaikan terlebih dahulu kes-kes mereka di mahkamah.

Saya lagi terkejut bila UIA boleh melantik Dr maszlee malik, seorang ahli politik tidak berwibawa bertaraf Menteri sebagai Presiden Universiti Islam itu.

Saya lagi terkejut membaca kenyataan-kenyataan mengelirukan dan tidak konsisten Menteri Agama dan Timbalannya berhubung isu LGBT.

Saya lagi terkejut bila Marina Mahathir menyifatkan sebatan mendidik ke atas pasangan lesbian di Terengganu sebagai satu persetujuan terhadap keganasan.

Saya lagi terkejut bila mantan Menteri Belia Dan Sukan beranggapan bahawa bersifat rahmah lebih patut diutamakan daripada menghukum pasangan lesbian Terengganu, meskipun mereka telah melalui proses perbicaraan yang adil dan disabitkan secara sah oleh mahkamah Syari’ah.

Saya lagi terkejut apabila membaca kenyataan aktivis liberal Dr Farouk Musa bahawa hukuman sebatan oleh mahkamah Syari’ah sebagai satu langkah kemunduran.


Saya lagi terkejut dengan gesaan Presiden Majlis Peguam supaya hukuman sebat sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Syari’ah Terengganu ditangguhkan sedangkan hukuman sebat di bawah kesalahan jenayah lebih keras, memudaratkan, menyakitkan dan meninggalkan kesan psikologi jangka panjang.

Saya lagi terkejut bila Pengarah Asia bagi Human Rights Watch Phil Robertson berkata bahawa pasangan yang mencintai sesama jenis tidak boleh dimangsakan atau disebat atas apa jua alasan sekalipun sedangkan negara itu sendiri adalah penjenayah dan pembunuh jutaan umat manusia di banyak negara.

Saya lagi terkejut bila parti cauvinis ultra kiasu DAP yang kononnya menentang parti politik berasaskan kaum membuka cawangan-cawangan baru berasaskan kaum Cina sahaja di Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Saya lagi terkejut bila seorang mantan Timbalan Perdana Menteri berkata yang sebat di khalayak ramai sukar diterima.

Saya lagi terkejut bila sekolah-sekolah vernakular Cina persendirian dilayan bagai menatang minyak yang penuh seangkan sekolah-sekolah agama rakyat dan tahfiz dianggap sebagai sampah dan dianaktirikan.

Saya lagi terkejut bila ramai orang yang mempertikaikan isu perkahwinan bawah umur yang disensasikan tetapi membantah sekeras-kerasnya RUU 355 yang akan memperkasakan Mahkamah Syari’ah supaya banyak lagi perbuatan jenayah Syari’ah dapat dibendung dan dikawal.

Saya lagi terkejut bila percubaan umat islam dan bangsa Melayu untuk kembali menjalinkan kerjasama, persahabatan dan kesepakatan dicemuh oleh banyak pihak, sedangkan tindakan bertahaluf dan bekerjasama dengan pihak musuh dari kalangan kafirin, evangelis, liberal dan sekular didewa-dewakan sebagai perbuatan terpuji yang “menepati” hukum Syara’.

TETAPI yang membuat saya paling terkejut bila kelompok “islamis” liberal Rahmatan Lil Alamin cuba “melobi” untuk menguasai modul latihan untuk kem PLKN sebagai satu ghanimah yang berhak dimiliki!

Mohd Luttfi 

Subscribe to receive free email updates: