Duduk dalam PH, mungkin jadi Menteri TAPI apa nak jawab dengan rakyat KEGAGALAN kerajaan kabarmalay3.blogspot.com

Keadaan semasa hari ini merupakan jawapan terbaik dalam menjelaskan sebab PAS terpaksa berpisah daripada PH, demikian menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Bachok itu berkata, PAS parti yang gagal mempertahankan dirinya dalam Pakatan Rakyat (PR) hingga terpaksa berpisah secara bercerai talak satu kerana DAP menolak PAS dan PAS juga menolak DAP.
"Lama kita berada dalam PR dan kita yakin kalau berada dalam PR kita akan ke Putrajaya dengan izin Allah masa itu. Tapi (dengan keadaan) hari ini, kalau PAS bersama PR ke Putrajaya, kalahkan Umno, apa PAS nak jawab pada rakyat?
"Ketika mana hari ini mungkin pimpinan PAS dah jadi Menteri. Apa kita nak jawab dengan segala yang berlaku selama 100 hari ini?" ujarnya mengajak renungan pada Ceramah Mega PRK N.32 Seri Setia di Padang Futsal TTDI Jaya, di sini kelmarin.
Beliau membangkitkan akhlak sebagai isu penting bagi sesebuah pembinaan negara dan tamadun sebagaimana dinyatakan tokoh sosio-politik Islam terkemuka, Ibnu Khaldun yang telah gagal ditampilkan PH.
Terangnya, sebagaimana Umno dahulu, Kerajaan PH hari ini juga berbohong terhadap segala hal yang mereka sendiri janjikan antara terbaru adalah BR1M dimansuhkan tanpa membawa alternatif baharu.
"Betul atau tidak, kerajaan hari ini membenarkan janjinya? Bohong! Manifesto yang bohong, dan mereka tidak malu untuk mengatakan tidak wajib dan tidak mesti laksana manifesto. Mereka tak malu, tak ada akhlak.
"Dan (Nabi kata) apabila diberi amanah, dia khianat pada amanah tersebut. Apabila dia berbalah, dia melampaui batas. Apa maksudnya? Kita (PAS) balah dengan Umno puluhan tahun, tetapi kita tidak melampaui batas.
"Kita marah Umno apa yang patut dimarah, kita puji apa yang patut dipuji. Tapi PH bila dia marah, dia benci sungguh-sungguh pada Umno. Semua jadi abu dalam Umno.
"Hari ini kita tengok PH yang bercakap begitu kasar pada orang lain, melampaui batas, tengok bagaimana dia bina negara? 100 hari buruk dan selepas 100 hari lebih buruk," ujar beliau menjelaskan sebab PAS gagal bersama PH untuk mengecewakan rakyat.
Sedangkan menurut Ustaz Nik Abduh, semua pihak mengharap Kerajaan PH laksanakan segala dijanjikan mereka di mana PH sendiri mendapat untung atas tindakan itu dan rakyat bahagia dengan pilihan mereka.
Tambah beliau lagi, PAS akui dan tidak pernah menyatakan ia suci serta tidak pernah melakukan sebarang masalah, tetapi telah membuktikan sepanjang pemerintahannya tiada isu integriti dan akhlak, malah berkhidmat sebaiknya. - HARAKAHDAILY 4/9/2018

Subscribe to receive free email updates: