Kabinet a Tun M: Kita Perlu Semak Semula - Anwar Ibrahim, bakal PM kabarmalay3.blogspot.com


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan merombak kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau menggantikannya kelak.
Bakal presiden PKR itu berkata beliau akan membuat keputusan berdasarkan prestasi menteri sedia ada.
"Saya fikir pilihan sentiasa diberikan kepada pemimpin baru untuk membuat keputusan.
"Saya belum memikirkannya lagi; semuanya bergantung, kerana mereka mempunyai satu, satu setengah tahun untuk membuktikan diri masing-masing. Jika mereka efektif, mereka harus diteruskan.
"Jika mereka biasa-biasa saja atau tidak mempunyai kepakaran atau prestasi mereka lemah, sudah tentu kita perlu semak semula. Ini memang dijangkakan," katanya kepada Channel News Asia.
Anwar dijadual menggantikan Mahathir dalam masa dua tahun, tetapi perdana menteri itu berulang kali berkata bahawa jangka masa untuk peralihan berkenaan adalah fleksibel.
Ini menimbulkan spekulasi mengenai masa depan politik Anwar, dengan sesetengah pihak tertanya-tanya sama ada peristiwa 1998 akan berulang.
Walau bagaimanapun, kedua-dua Mahathir dan Anwar menegaskan bahawa hubungan antara mereka tetap mesra.
Sementara itu, Channel News Asiamelaporkan, Anwar tidak mahu berterus terang apabila ditanya siapa yang beliau mahu melihat sebagai timbalannya apabila menjadi perdana menteri.
"Terpulang kepada cadangan ahli-ahli Parlimen, parti-parti akan menentukannya. Tidak perlu bagi saya melangkauinya.
"Memang ada pemahaman umum tetapi hanya membabitkan kedudukan saya. Tidak ada desakan atau melobi bagi orang yang akan menjadi timbalan perdana menteri, "katanya.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah timbalan perdana menteri sekarang.
Anwar, 70, dijangka kembali ke Dewan Rakyat jika memenangi pilihan raya kecil Port Dickson. - MK

Subscribe to receive free email updates: