Najib mengeluh tidak boleh bayar bil kabarmalay3.blogspot.com


NAJIB Razak hari ini mengeluh akaun bank peribadinya dibekukan oleh pihak berkuasa, beberapa minggu selepas RM116.7 juta wang tunai dan hampir RM1 bilion barangan kemas dan mewah ditemui di kondominium yang dikaitkan dengan keluarganya.

Bekas perdana menteri itu merayu kepada pihak berkuasa membatalkan pembekuan akaunnya kerana tidak dapat membayar bil dan kos perubatan, yang menyukarkan kehidupannya sekeluarga.



Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Mohd Nizar mengadu tentang kesukaran yang dihadapinya.
Akaun bank adik-adik saya dan saya telah dibekukan. Tidak boleh membayar bil,” tulisnya 
Presiden badan bukan kerajaan (NGO) pro-Umno, Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau dimaklumkan bahawa akaun Nooryana Najwa, Mohd Norashman, Mohd Nizar dan Puteri Norlisa dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Akaun itu dibekukan sehubungan dengan siasatan terhadap penglibatan Najib dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ini tidak berperikemanusiaan, dan apa yang membuat keadaan menjadi lebih teruk adalah saya diberitahu bahawa Puteri Norlisa tidak sihat [sakit kanser] dan memerlukan akses kepada akaunnya untuk membayar rawatan perubatannya,” kata Lokman, yang juga ahli majlis tertinggi Umno.

Subscribe to receive free email updates: