KLANG: MCA Selangor memberitahu bahawa tiada isu untuk Umno tidak menggunakan logo Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.
Setiausahanya, Datuk Ng Chok Sin berkata, MCA akan memahami sekiranya Umno memilih untuk menggunakan logo partinya.
"Barisan dalam keadaan yang sangat tidak menentu sekarang dan mungkin menggunakan logo Umno adalah cara yang tepat ke hadapan ketika ini," kata Chok Sin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas rancangan Umno Selangor untuk menggunakan logo parti berbanding logo BN pada PRK Sungai Kandis 4 Ogos ini.
Beliau turut memberitahu, BN mempunyai lima tahun untuk pulih dan kembali kepada kegemilangannya sebelum pilihan raya umum akan datang.
"Tetapi ini tidak bermakna MCA berputus asa dengan Barisan. Kita merupakan salah satu pengasas gabungan ini dan kita akan berdiri untuk Barisan, yang memerlukan penjenamaan yang boleh dlaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser pada 2 Julai lalu.
Related Posts :
Kontingen KOMUNIS dan "zombie KOMUNIS" di perarakan Merdeka P. PINANG kabarmalay3.blogspot.com
Gambar ini didakwa diambil ketika perarakan sempena sambutan Kemerdekaan di P. Pinang.
Jika benar, ia cukup malang.
Ada maksud ter… Read More...
bangsa Melayu perlu berjuang pertahan Tanah Melayu dari Chauvinist Cina, Kristian dan Barat kabarmalay3.blogspot.com
Bangsa Melayu wakil kaum muslimin di Tanah Melayu
Jika al-Quds, Gaza, Tebing Barat, Palestin, Syam dan sekitarnya adalah tanah yang dimil… Read More...
Bumiputera tak akan mampu bersaing kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap Bumiputera dan orang Melayu yang tidak mampu bersaing jika Malaysia… Read More...
LGBT : TPM, Wan Azizah wajar didokong (TPM Layak Portfolio Islam, Agama Lain bagi Mujahid) kabarmalay3.blogspot.com
Saya membaca kritikan aktivis sosial Marina Mahathir terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung keny… Read More...
SST: (MOF CAP AYAM) Najib jawab lagi, KJ pergi mana, sonyap je, dah Masuk DAP ke kabarmalay3.blogspot.com
Pagi ini, Kementerian Kewangan memuatnaik satu hantaran (posting) infografik di laman rasmi Facebook mereka yang memaparkan perbandingan … Read More...