Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kekal untuk berperanan sebagai penasihat kerajaan sebagai “bullshit” (mengarut).
“Saya fikir apa yang pendakwa awam atau peguam negara kata hari ini berkaitan menasihatkan kerajaan sebagai bullshit,” katanya tanpa menyebut nama Apandi secara langsung.
Katanya, seseorang itu bercakap merapu jika berkata mahu menasihati kerajaan kerana kerajaan belum dibentuk.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pagi tadi berkata Pejabat Peguam Negara (AGC) kekal sebagai penasihat kepada kerajaan HARAPAN dan melakukan pendakwaan ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tanpa mengira senario politik semasa.
Apandi memberi jaminan bahawa AGC bebas daripada cengkaman politik dan memastikan undang-undang ditegakkan tanpa rasa takut atau berpihak.
Apandi dilantik ke jawatan itu oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang disingkirkan di tengah-tengah kehebohan isu 1MDB.
Belau pernah membersihkan nama Najib daripada sebarang kesalahan berkaitan 1MDB.
Sementara itu, dalam sidang media hari ini, Mahathir sempat berjenaka bahawa mukanya tidak lagi “haram”.
“Kamu tidak perlu lagi kerat gambar saya kerana ia tidak lagi haram,” katanya merujuk kepada larangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap gambarnya daripada bahan kempen HARAPAN