Tun Mahathir: Kerajaan Tunai Janji Manifesto, Untuk "Hapuskan" GST ! kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan pimpinannya nanti akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kerajaan baru juga akan mengembalikan cukai lama cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan sebelum era perdana menteri keenam Datuk Seri Najib Razak.

“Kita akan kembali ke SST,” katanya dalam sidang media semalam.

Mahathir berkata ditanya sama ada HARAPAN akan menunaikan janji memansuhkan GST.

Pemansuhan GST turut dimuatkan dalam manifesto Pakatan Harapan dan ia dijanjikan dibuat dalam 100 hari pertama pentadbirannya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: