MARAN: Setiausaha Agung Majlis Olimpik (MOM) yang baharu, Datuk Mohd. Nafizuddin Mohd. Najib mahu membuktikan beliau dapat memberi komitmen, bantuan dan kerjasama terbaik kepada majlis serta persatuan sukan selepas dipilih memegang jawatan itu pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-37 di Ibu Pejabat MOM di ibu negara hari ini.
Beliau berkata, cabaran pertama dihadapi beliau bersama barisan kepemimpinan MOM adalah memperbaiki pencapaian dalam Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang Ogos ini.
"Selepas mengambil alih tugas ini, saya akan melihat dengan teliti setiap pemilihan untuk sukan-sukan yang dipertandingkan," katanya ketika ditemui pada Karnival Hari Warga Felda Jengka 3 di sini hari ini.
Dalam mesyuarat agung tersebut, Mohd. Nafizuddin dipilih menggantikan penyandang Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo selepas meraih 49 undi berbanding Beng Choo yang mendapat 48 undi. #sumber