Rozaliza Mohd Said, 49, yang bertugas sebagai kerani pengundian di saluran tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) di situ disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.15 petang selepas terjatuh dalam bilik air.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata anak mangsa, Wardah Mohd Said, 23, yang turut bertugas sebagai kerani pengundian di PDM berkenaan memberitahu ibunya ada mengadu sakit perut kerana mengalami cirit birit.
"Anaknya itu kemudian membawa ibunya ke bilik air namun mangsa terus tidak sedarkan diri. Pihak Hospital Raub yang tiba dengan ambulans tidak lama kemudian mengesahkannya meninggal dunia.
"Anaknya turut mengesahkan ibunya tidak menghidap sebarang penyakit dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat," katanya.
Rozaliza yang berasal dari Lorong Sempam Baru 14, di Raub, adalah kerani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Kudin. #sumber