Pengerusi PH Negeri, Aminuddin Harun Bakal MB Negeri Sembilan kabarmalay3.blogspot.com


KUALA PILAH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengesahkan dirinya akan dilantik sebagai menteri besar negeri itu.

Beliau berkata, Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menghantar 1 nama kepada istana.

“Hanya 1 nama dihantar presiden PH, nama dia Aminuddin Harun,” katanya selepas menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Seri Menanti, sebentar tadi.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah 19 adun PH dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke.

Aminuddin yang juga adun Sikamat berkata, istiadat pelantikan dan angkat sumpah menteri besar akan diadakan dalam masa terdekat di Istana Seri Menanti.

Katanya, barisan exco belum ditentukan.

“Kita belum bincangkan lagi, yang penting kita selesaikan dahulu pelantikan menteri besar, lepas itu barulah kita bincangkan barisan exco di kalangan rakan-rakan,” katanya.

Semalam, PH Negeri Sembilan memenangi 20 daripada 36 kerusi negeri, manakala 16 kerusi lagi dimenangi BN. #sumber

Subscribe to receive free email updates: