Pakatan Harapan Rompin Optimis Parlimen Dan Termasuk Tiga DUN kabarmalay3.blogspot.com


KUALA ROMPIN: Pakatan Harapan (Harapan) Rompin optimis Parlimen Rompin termasuk tiga DUN di daerah ini akan berlaku perubahan dan jatuh ke tangan Harapan.

Pengerusinya, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata, ramalannya itu berdasarkan sokongan yang diberikan rakyat di segenap peringkat.

Menurutnya, pada peringkat awa,l ada meramalkan Harapan tidak mendapat di hati pengundi Parlimen Rompin, namun realitinya kini adalah sebaliknya.

Katanya, dari kampung tradisional, perkampungan Orang Asli hingga ke Felda, gelombang perubahan sangat jelas dapat dirasakan.

“Ramalan ini saya buat berdasarkan sambutan yang diberikan pada setiap program dan ceramah selain pelbagai pihak serta individu yang datang menzahirkan sokongan.

“Saya harap sokongan ini akan diterjemahkan pada hari pengundian bagi memastikan setiap manifesto dapat dilaksanakan apabila Harapan dapat membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak saingan sengit bakal diberikan oleh BN dan Pas kerana masing-masing ada penyokong setia.

“Kali ini kita berlapang dada dengan masing-masing menawarkan janji atau manifesto. Terserah kepada rakyat khususnya pengundi di Rompin untuk membuat pilihan,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: