“Saya turut sertai program memasak Wanita Umno di Baling juga, dan kalau BN dan PAS jemput saya pun datang.
“Saya sudah 27 tahun memasak dan apa salahnya datang ke program macam ini. Kalau hari Krismas tema Krismas, kalau hari raya tema pun hari raya. Apa masalahnya,” katanya di Restoran Jasnita D’Maula Klasik untuk meraikan program “Mari Memasak bersama Chef Wan” di Restoran Jasnita D’ Maula Klasik di sini.
Turut hadir calon DAP di Ayer Hitam, Liew Chin Tong, yang juga pengerusi DAP Johor, serta calon kerusi negeri Yong Peng, Chew Peck Choo.
Chef Wan berkata beliau tidak akan menganggotai mana-mana parti disebabkan dirinya seorang berkecuali dalam politik.
“Kalau benar saya cakap benar, kalau salah, takkan saya nak cakap betul? Macam Tan Sri Rafidah Aziz kata, kalau rumah masuk pencuri takkan saya nak diam,” katanya kepada pemberita, merujuk bekas menteri Rafidah yang kini menyertai kempen Pakatan Harapan (PH).
Chef Wan berkata beliau tidak kisah sekiranya hilang mata pencarian disebabkan keputusannya hadir di program pembangkang. “Lepas ini terpaksa goreng pisang pun tak apa. #sumber