Mufti Pahang: "Tolak" Pihak Sebar "Fitnah", Ia Lebih Buruk Daripada Membunuh kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Umat Islam di negara ini diseru supaya menolak golongan yang mengamal dan menyebarkan fitnah kerana ia boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada perpaduan sesama Islam tetapi juga masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang memberikan nasihat itu berkata di dalam al-Quran ada menjelaskan betapa bahayanya perbuatan memfitnah kepada masyarakat selain ia juga merupakan dosa besar di dalam Islam, iaitu lebih besar daripada dosa membunuh.


"Pada musim Pilihan Raya Umum ke-14 ini, kita lihat banyak sekali berita-berita yang kita terima terutama menerusi media sosial yang tidak sahih tentang kebenarannya dan disebarkan semula sehingga menzalimi pihak tertentu.

"Jangan disebabkan penyebaran berita-berita fitnah ini, ia menganggu gugat keselamatan dan ketenteraman yang dinikmati negara selama ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam, seorang ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad mendedahklan bahawa DAP sengaja  memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya dengan matlamat untuk meracuni pemikiran rakyat. #sumber

Subscribe to receive free email updates: