Calon BN Indera Mahkota Nafi Beliau Akan Beri Bantuan Duit Minyak kabarmalay3.blogspot.com



KUANTAN: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Dr Johan Mat Sah, menafikan akan membuat pembayaran kepada pengundi di Parlimen itu seperti tersebar di laman sosial.

Beliau berkata, maklumat berbentuk info grafik yang tertera perkataan 'Bayaran Duit Minyak' bersama logo BN adalah palsu dan berniat jahat.

"Saya menafikan membuat apa-apa bayaran bantuan duit minyak atau oleh mana-mana ejen parti komponen BN. (Perkara) ini melanggar peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Penyebaran info grafik ini adalah berniat jahat bagi menimbulkan persepsi negatif kepada BN," katanya dalam kenyataan media, di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, mesej itu mula tular di laman Facebook (FB) serta aplikasi WhatsApp dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Penyebaran info itu antara lain membahagikan empat kategori penerima bantuan duit minyak dengan tertera kod kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Dr Johan menegaskan, penyebaran maklumat itu adalah taktik kotor yang digunakan untuk menjejaskan peluang BN memenangi kembali kerusi Parlimen berkenaan.

Katanya, sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau menggunakan pendekatan positif dengan menerangkan manifesto serta janji yang boleh direalisasikan jika terpilih tanpa perlu membuat fitnah. #sumber

Subscribe to receive free email updates: