Calon "Bebas" Temerloh Salurkan Perkhidmatan 'Gali Kubur' Secara Percuma kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: Walaupun sibuk berkempen tidak menghalang calon Bebas,Khaidir Ahmad,56 menyalurkan khidmatnya sebagai penggali kubur.

Bekas Ketua Pengarang Berita TV3 itu ditemui sedang mengorek kubur menggunakan jentera "backhoe" miliknya di Tanah Perkuburan Kampung Tebing Tinggi ,hari ini.

Menurutnya, khidmat tersebut telah dilakukan secara percuma sejak Januari lalu kepada penduduk di kampung itu dan Kampung Tanjung Belenggu.

"Saya beli jentera ini dan buat sumbangan khidmat ini sebagai fardhu kifayah selain mencari rezeki kepada mereka yang ingin menggunakan khidmat jentera ini.

"Selalunya kalau nak guna jentera ini untuk gali kubur boleh cecah sampai  RM200.Jadi selagi saya ada di sini saya akan sumbangkan khidmat ini secara percuma.

"Saya nak tegaskan juga, sumbangan ini bukan musim kempen pilihan raya tetapi  telah lama saya buat sejak membeli jentera ini pada penghujung tahun lalu," katanya.

Khaidir adalah calon yang bertanding di kerusi Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang untuk PRU14. #sumber

Subscribe to receive free email updates: