Cadangan GST Telah Dibangkitkan Semasa 'Daim' Masih Jadi Menteri Kewangan kabarmalay3.blogspot.com


BERA: Cadangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya telah dibangkitkan semasa Tun Daim Zainuddin menjadi menteri kewangan, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah Ismail Sabri berkata Daim turut terlibat dalam kajian mengenai pelaksanaan cukai itu.

"Mungkin dia (Daim) pun sudah lupa," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pejabat RISDA Stesen Batu Papan, di Kampung Batu Papan, di sini hari ini,

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Bera itu berkata pelaksanaan GST di 167 buah negara yang antaranya lebih maju daripada Malaysia membuktikan ia memberi kebaikan kepada sesebuah negara.

Katanya pulangan GST membolehkan aktiviti pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan bekas menteri kewangan itu yang memberi gambaran negatif tentang pelaksanaan GST sejak 1 April 2015.

Dalam satu majlis di Kedah baru-baru ini Daim turut dilaporkan menyatakan secara terbuka sokongannya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14. #sumber

Subscribe to receive free email updates: