Tukar hak milik tanah FELDA: Isa Samad beri keterangan di Bukit Aman kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hadir ke Bukit Aman pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung isu tukar hak milik tanah FELDA, di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
 
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
 
Mohamad Fuzi turut tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu sama.
 
"Kita dah panggil dia (Isa) dan saya rasa keterangan sudah selesai diambil. Ada beberapa individu lain yang kita percaya ada kaitan dengan kes ini akan turut dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.
 
"Tapi tidak perlulah saya dedahkan siapa identitinya, sebelum ini juga ada beberapa individu lain sudah kita ambil keterangan," katanya dipetik Berita Harian.
 
Media sebelum ini melaporkan bahawa FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tiga lot tanah strategik di Jalan Semarak, yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.
 
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney - PA) bagi membangunkannya.
 
Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat transaksi pindah milik tanah yang didakwa mencurigakan itu termasuk tidak menolak kemungkinan memanggil Isa bagi membantu siasatan.
 
 

Subscribe to receive free email updates: