Pegawai bersara digalak tulis buku kongsi ilmu dan pengalaman kabarmalay3.blogspot.com

OLEH LIZAWATI MADFA




KUALA LUMPUR: Pegawai bersara dicadang untuk berkongsi pengalaman dan ilmu perkhidmatan mereka dalam bentuk penerbitan buku, seru Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Menteri Besar itu berkata, hasil perkongsian itu adalah aset penting kepada pegawai muda terutamanya dalam menangani isu rakyat.

Katanya, pengalaman yang dibukukan itu tidak dapat diperoleh menerusi kuliah mahupun buku akademik.



“Pengalaman mereka yang bersara itu semua amat besar, jadi saya ingin cadangkan kalau ada masa selain jaga keluarga dan cucu, tulis dan bukukan pengalaman berharga selama bergelar penjawat awam.

“Saya amat berharap ilmu itu dapat diturunkan kepada generasi akan datang dan percaya ia usaha baik bagi menjamin kelangsungan kepimpinan terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Sempena Persaraan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor, di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Majlis berkenaan khusus bagi meraikan persaraan mantan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman, mantan Pegawai Daerah Petaling, Dato’ Mohd Misri Idris dan mantan Panglima Markas 11 Briged, Briged Jeneral Abd Kadir Ahmad.

“Kita mahu menzahirkan rasa penghargaan kepada tiga pegawai kanan Kerajaan Negeri yang banyak menabur bakti dan jasa untuk membangunkan Selangor demi kesejahteraan rakyat.

“Saya ingin merakamkan terima kasih tidak terhingga atas sumbangan penting kalian untuk negeri dan rakyat,” katanya.

Subscribe to receive free email updates: