Bekas pegawai syarikat pengangkutan mengaku tak bersalah pecah amanah RM864,000 kabarmalay3.blogspot.com

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Seorang bekas pegawai eksekutif syarikat pengangkutan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas  tiga tuduhan pecah amanah RM864,000 sejak lapan tahun lalu.
 
Tertuduh, Chan Foo Chin, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Fauzi Nasir.
 
Dia didakwa menyalahgunakan dana syarikat DKSH Transport Agencies (M) Sdn Bhd (DKSH) dengan meluluskan atau membenarkan pembayaran RM288,000 bagi kerja 'shunting' (pengalihan kontena) yang dijalankan sebuah syarikat konsortium logistik di tiga lokasi berbeza dalam tempoh 12 bulan.
 
Tertuduh didakwa mengeluarkan cek bagi tujuan pembayaran untuk kerja dijalankan konsortium berkenaan walaupun kerja terbabit tidak memerlukan bayaran oleh DKSH.
 
Dia juga didakwa menerima jumlah yang sama dalam tiga transaksi di pejabat DKSH di Jalan Keluli 12 Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, antara 27 Februari 2009, 28 Februari 2010 dan 11 Mei 2012.
 
Foo Chin didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
 
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Khazrin Hafiz Halil, manakala tertuduh diwakili peguam, Sukhaimi Mashud.
 
Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM150,00 dan diperintah menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
 
Mahkamah menetapkan 27 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Subscribe to receive free email updates: