KEADILAN DAILY

Pembahagian kerusi parlimen di antara parti-parti di dalam Pakatan Harapan sudah semakin hampir untuk dimuktamadkan, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam itu mendedahkan perkembangan positif itu pada sidang media di pejabat beliau semalam.
“Pembahagian kerusi parlimen sudah mencapai 90 peratus dan sekitar 10 peratus lagi atau kurang daripada jumlah itu akan diselesaikan hujung bulan ini,” katanya, memetik
SelangorKini.
Pada masa sama kata Khalid, beliau akan kekal mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam yang disandangnya.
“Saya sudah semestinya di Shah Alam kerana tiada lagi kerusi di Johor atau negeri lain yang sesuai untuk saya,” katanya merujuk kepada gosip politik sebelum ini yang menyebut-nyebut kononnya beliau akan menentang abangnya, Tan Sri Shahrir Samad yang menyandang kerusi Parlimen Johor Bahru.
Pengesahan daripada Khalid selaku seorang ahli politik veteran pembangkang adalah perkembangan yang positif buat Pakatan Harapan yang sudah sekian lama bersedia untuk menentang Umno BN dalam pilihan raya umum ke-14.
Related Posts :
["HEBATNYA PAN"]Tutup tahfiz tapi bukan kedai arak, soal PAS kepada Khalid Samad kabarmalay3.blogspot.com
PAS hari ini mempersoalkan Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berhubung arahan menutup pusat tahfiz tidak berdaftar di ibu kota, sedangk… Read More...
[CADANG TUTUP GEREJA TAK?] Dera seks 3,677 budak: Gereja Katolik Jerman mohon maaf kabarmalay3.blogspot.com
BERLIN, 16 Muharram 1440H, Rabu – Gereja Katolik Jerman membuat permohonan maaf kepada mangsa penderaan seks kan… Read More...
Sisters in Islam Cabar Fatwa Selangor kabarmalay3.blogspot.com
Sisters in Islam Cabar Fatwa Selangor
===========
1. Sekali lagi, setelah permohonan mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pada 24 Jun 2016,… Read More...
Sepupu Kecewa PAN Abaikan Nik Omar, "Habis Madu Sepah Dibuang" kabarmalay3.blogspot.com
HABIS SANTAN HAMPAS DIBUANG DALAM LONGKANG.
Sepupu kecewa PAN abaikan Nik Omar
Sepupu pemimpin PAN, Nik Omar Nik Abdul Aziz kecewa dengan… Read More...
‘Saya akan turun padang bantu Anwar di Port Dickson’ - Jamal kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR 24 Sept. - “Saya akan turun padang dan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memenangi kerusi yang akan ditandingi beliau … Read More...