[JGN MUNTAH] Annuar Musa 'dedah rahsia' kenapa Najib tak jatuh kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib mempunyai keistimewaannya tersendiri, dedah Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Sebab itulah katanya, walaupun Najib diserang segenap penjuru, terutamanya oleh bekas bosnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, anak kepada Tun Abdul Razak itu masih kekal kental menerajui Umno dan negara.

"Malam tadi, kita makan-makan di rumah PM (Najib) dalam beberapa orang, sambil makan kita borak sebab apa,Mahathir menjangkakan beliau boleh menjatuhkan Najib, tetapi tiba-tiba Najib tak jatuh sedangkan sebelumnya beliau nak jatuhkan beberapa pemimpin besar Umno lain beliau berjaya berbuat demikian.

"Tetapi bila masa Najib, dia tak berjaya sebab apa? sebab perbezaannya adalah Najib berkawan dengan saf kepimpinan dibawah sebagai satu saf persahabatan dalam perjuangan parti," katanya dalam Konvensyen Penerangan dan Media , Istiqamah dalam perjuangan di Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , hari ini.

Dalam pada itu, katanya kepimpinan Najib lebih terbuka berbanding zaman Mahathir.

"Selagi mana kita bukan Rasul, kita tidak maksum...Najib tidak maksum, seperti lebih tidak maksum Mahathir Mohamad, tentu ada salah dan tidak betul.

"Jika dibandingkan pemerintahan Najib lebih terbuka dalam soal memimpin, lebih bersederhana, zaman saya selama dalam  kabinet, saya bersama Mahathir nak bertanding jawatan Presiden Umno kena ada kuota , zaman Najib tak ada kuota, tak ada jumlah pencalonan, malah siapa nak bertanding isi borang saja nak bertanding,"katanya.

Justeru tegasnya, bolehlah diandaikan bahawa Najib merupakan pemimpin dan Presiden Umno paling demokratik sekali.

Terdahulu, bermula hari ini, seramai 5,739 perwakilan daripada 191 Umno Bahagian seluruh negara akan berada di PWTC bagi mengikuti Perhimpunan Agung Umno 2017 yang membuka tirai hari ini.

Daripada jumlah berkenaan seramai 2,761 perwakilan mendaftar untuk perhimpunan berkenaan, 994 perwakilan bagi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita manakala Pergerakan Pemuda dan Puteri masing-masing 992 perwakilan.

Selain itu, seramai 51 perwakilan Kelab Umno Luar Negara juga mengesahkan kehadiran mereka selain turut disertai oleh 63 peserta daripada 17 buah parti politik dari 14 buah negara antarabangsa. - SH

Subscribe to receive free email updates: