Himpunan Putih untuk warga Palestin, bukan isu Hadi - Naib Presiden PAS kabarmalay3.blogspot.com

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jangan politikkan ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Himpunan Putih: Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam, kata Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad 
 
Idris bertegas, solidariti terhadap rakyat Palestin adalah isu sejagat yang melangkaui mana-mana fahaman politik justeru kehadiran Hadi dalam himpunan itu bukan kayu ukur sama ada ia berjaya atau tidak.
 
"Itu biasalah orang politik itu benda biasa. Hadir pun begitu, tidak hadir pun begitu. Itu manusia yang tidak ada modal politik, tiada agenda, tiada idea, politik jumud. Jadi pemikiran begitu. Akan 'create' semua benda.
 
"Isu Palestin ini tidak perlu dipolitikkan. Isu Palestin ini isu sejagat. Tidak perlu nak dipolitikkan," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas berkenaan ketidakhadiran Hadi dalam himpunan putih yang berlangsung di Masjid Putra Putrajaya semalam.
 
Hadi sebaliknya diwakili anaknya, Muhammad Khalil yang merupakan ketua sayap dewan pemuda parti itu.
 
Khalil ketika ditemui pemberita tidak menjelaskan mengapa bapanya tidak hadir pada himpunan berkenaan.
 
Ahli Parlimen Marang itu sebelum ini dijadualkan bergandingan bersama Najib dalam himpunan solidariti untuk rakyat Palestin susulan tindakan Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
 
Najib dan Hadi sebelum ini tampil di atas satu pentas bagi mengecam kekejaman tentera junta terhadap etnik Rohingya di di wilayah Rakhine, Myanmar.
 
Himpunan putih itu turut menyaksikan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) hadir mewakili parti masing-masing dalam forum khas bagi membincangkan solidariti mempertahankan Baitulmaqdis, yang diadakan sebelum solat Jumaat.
 
Mereka ialah Naib Pengerusi Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dr Muhammad Faiz Na’aman.
 
Sementara itu, mantan Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad turut kelihatan hadir di Masjid Putra, bagaimanapun kehadiran beliau hanya untuk menunaikan solat Jumaat.
 
Sebelum itu, media melaporkan Dr Mahathir melakukan kejutan apabila hadir ke perhimpunan berkenaan, sedangkan beberapa pemimpin PH mengesahkan parti-parti gabungan pembangkang itu tidak akan menyertainya.
 
 

Subscribe to receive free email updates: