Mesyuarat Khas Kepimpinan Parti Harapan Malaysia (PHM)... ADAKAH DAP MASIH BERSAMA PHM???
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan status terkini pendaftaran PHM... menurut sumber dari ROS, pendaftaran parti baru ini sudah berada di peringkat akhir dan mendapat perhatian yang serius dari ROS... namun masih timbul beberapa isu dalaman melibatkan hal ehwal pengurusan yang menyebabkan proses ini memakan masa yang agak lama...
Seperkara lagi yang menarik perhatian berhubung isu kedudukan PAS, di mana wujud usaha2 serius mahu memujuk PAS agar meninggalkan Gagasan Sejahtera dan kembali bersama PHM... Gagasan Sejahtera yang dikepalai oleh PAS, bersama Parti Cinta Malaysia (PCM) serta beberapa parti serpihan kecil yang lain dikatakan bakal membentuk 'BLOK KE-3' dalam PRU14 nanti... walaupun wujud kumpulan tertentu di dalam PAS yang cenderung untuk bersama dengan PHM, namun mereka masih gagal mendapatkan persetujuan drpd kepimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan Dewan Ulama PAS...
Sebenarnya, wujud tanda tanya, adakah DAP masih solid untuk bersama dengan PHM? Ini kerana, menurut sumber, pemimpin2 utama DAP seperti Lim kit Siang mahupun Lim Guan Eng dikatakan tidak bersama di dalam mesyuarat Khas ini... kelihatan hanya pemimpin utama dari PPBM seperti Tun Mahathir yang mempengerusikan mesyuarat, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu...
Dikatakan DAP mungkin tidak akan bersama di dalam PHM, bagi memudahkan usaha memujuk PAS untuk bersama PHM... namun dengan adanya PAN, mungkin menyulitkan sedikit usaha ini, melainkan PAN bersetuju untuk membenarkan PAS bertanding lebih banyak kerusi dari PAN...
Bagaimana pula halnya dengan DAP? DAP akan kekal bertanding di kerusi2 tetap milik mereka sebagai sebuah parti tunggal, dan kebanyakan kerusi ini merupakan majoriti pengundi Cina...
PHM pula akan bertanding di kerusi yang UMNO menangi yang mana pengundi Melayu menjadi majoriti dlm kawasan2 ini... begitu juga dengan kawasan2 yang average, di mana komposisi kaum tidak terlalu ketara perbezaannya...
DAP mungkin akan kelihatan seperti bakal mendapat bilangan kerusi yg lebih kecil, dan tak mungkin mereka mampu membentuk kjàan sekalipun memenangi semua kerusi yg mereka tandingi... berbeza dgn PHM yg mana jika dilihat secara kolektifnya, parti pimpinan Tun M ini bakal beroleh kerusi yg lebih banyak berbanding DAP... dan sememangnya inilah yg cuba ditonjolkan oleh pembangkang, dan ini juga lah yg mereka mahu rakyat lihat...
Pembangkang sedang cuba menzahirkan DAP sebagai sebuah komponen tunggal yang akan menakluki kawasan majoriti bukan Melayu... manakala PHM pula sebagai sebuah gabungan beberapa parti majoriti Melayu, dan bagi mereka gabungan ini penting kononnya bagi mengelakkan drpd undi Melayu berpecah... tanpa DAP, mungkin lebih mudah untuk mereka memujuk PAS, sekaligus mereka terselamat daripada persaingan 3 penjuru yg terang-terangan memberi kelebihan kepada UMNO BN...
Namun, untuk membentuk kjaan, dan untuk menyaingi kerusi yg mungkin UMNO BN mampu menangi, DAP mahupun PHM tidak boleh berdiri secara sendirian... akhirnya, masing2 memerlukan antara satu sama lain bagi mendapatkan jumlah majoriti mudah mengatasi UMNO BN di parlimen... dan dengan cara ini sahaja pembangkang mampu menakluki Putrajaya...
Timbul pula perkara lain selepas mereka berjaya menguasai parlimen... siapa selayaknya bakal diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru? Adakah PM baru ini akan memegang kuasa majoriti? Atau, dia hanya akan dijadikan proksi bagi melindungi kuasa majoriti yang sebenar...
Di sini mungkin kita bakal melihat kehebatan mainan politik di kalangan pemimpin utama pembangkang dan cara mereka mengatur strategi... khususnya antara Tun M yang mengepalai PHM, atau Lim Kit Siang yg kekal sebagai nakhoda DAP...
Bagi Tun M, tanpa DAP, jika PHM berjaya memujuk PAS, maka peluang PHM beroleh kemenangan di kerusi majoriti Melayu lebih mudah... PHM tidak perlu lagi risau kerana PAS yng sudah bersama PHM tidak lagi akan membentuk blok ke-3 yg akan menyebabkan undi Melayu pembangkang terpecah 2... cuma, Tun M perlu cari jalan untuk pastikan PAS dan PAN boleh bertolak ansur...
Dalam masa sama, Tun M akan letakkan calon2 PPBM di kerusi2 yg berpeluang besar untuk menang, melalui sokongan yg akan mereka terima drpd pengundi2 PAS yg sudah bersama PHM... yang penting, kerusi yg PPBM berpotensi untuk menang mestilah melebihi drpd kerusi yg PAS, PKR dan PAN mampu menangi... jika ini berjaya dicapai, secara tak langsung akan menjadikan Tun M berkuasa di dalam PHM...
Dan untuk menguasai kerusi PM, tentunya Tun M, yg sudah menguasai PHM, akan mengharapkan sokongan ahli2 parlimen PHM untuk mengatasi kerusi yg DAP menangi...
Ini di pihak Tun M... adakah Lim Kit Siang terlalu bodoh membenarkan Tun M menguasai kerusi PM secara membuta tuli? Tentunya jawapannya sama sekali TIDAK... Di atas kertas mungkin kelihatan seperti Tun M berpeluang menguasai PHM... dan objektif DAP hanya satu, untuk elakkan berlaku pertembungan 3 penjuru yang akan merugikan calon2 pembangkang, termasuklah dari PAN dan PKR...
Sememangnya DAP akan cuba pertahankan kerusi yg mereka menangi di kawasan majoriti Cina... dalam masa sama, ramai pemimpin yg berada dalam PHM merupakan proksi kuat DAP, khususnya drpd PKR... malah PAN sendiri merupakan parti tajaan DAP... mereka ini bijak bermuka-muka di hadapan Tun M, malah mereka juga mempunyai kepakaran bermain wayang demi untuk mendapatkan sokongan PAS...
Seandainya benar, gabungan kerusi yg PHM dan DAP menangi mampu membentuk kjaan, nescaya kelompok mereka ini yg ditunjangi DAP, yg bakal menguasai parlimen... bagi DAP, mereka tidak kisah siapapun yg akan bergelar Perdana Menteri, termasuklah jika Tun M sendiri masih berhajat menjadi PM... yg lebih utama, parlimen sudah berjaya mereka kuasai... apa jua dasar, rancangan mahupun keputusan yg perlukan undian parlimen, maka mereka inilah yg akan jadi penentu... Perdana Menteri ketika itu hanya akan menjadi orang yg mengumumkan atau membentangkan sahaja, sedangkan keputusannya ditentukan oleh DAP dan kaum pro dan proksi mereka yg akan membentuk suara majoriti...
Satu-satunya jalan bagi mengelakkan drpd berlakunya mimpi ngeri ini, selain drpd sokongan serta mandat tidak berbelah bahagi yg rakyat perlu berikan kpd UMNO BN untuk kekal mempertahankan Putrajaya, adalah, dengan melihat sejauh mana kebijaksanaan PAS berpolitik... tentunya rakyat ingin melihat sejauh mana PAS mampu beristighomah di atas perjuangan yg sedang mereka pegang hari ini...
Apapun, yang pasti, sepertimana kata YAB DS Mohd Najib Tun Razak ketika PAU2017, bahawa PRU14 ini bakal menjadi 'Bapa Segala Pilihanraya'... segalanya balik kpd kebijaksanaan rakyat membuat penilaian... samada mahu mara maju ke depan, atau, mundur balik ke zaman nostalgia lampau...
#SahabatSMB