Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung kabarmalay3.blogspot.com

SERI KEMBANGAN: Menteri pelancongan dan kebudayaan menyokong tindakan diambil terhadap hotel yang melarang pekerja wanitanya bertudung, termasuk cadangan menarik balik lesen pengusaha.
Datuk Seri Nazri Aziz berkata, larangan itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Memang betullah itu. Kita tidak boleh keluarkan syarat-syarat yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
“Perkara itu tidak boleh dihalalkan oleh undang-undang (yang dibuat) mereka.
“Jadi, mana-mana hotel yang keluarkan arahan begitu, dia harus tarik balik. Kalau tidak kita akan ambil tindakan terhadap mereka,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), hari ini.
Beliau mengulas cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang menyarankan pihak berkuasa tempatan menarik balik lesen pengusaha hotel antarabangsa itu.
Baru-baru ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dalam suratnya kepada media mendedahkan ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam di bahagian perkhidmatan pelanggan.
Sehubungan itu, UNI-MLC menggesa Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menangani isu diskriminasi ke atas pekerja wanita Islam yang diarah menanggalkan tudung mereka.
Mengulas lanjut, Nazri berikrar akan mempertahankan orang bukan Islam, jika mereka berdepan diskriminasi sedemikian.
Beliau menggesa pekerja tanpa mengira agama atau kaum memaklumkan kementeriannya, jika mereka didiskriminasi majikan.
“Ini bukan soal orang Islam sahaja, orang Punjabi dan Sikh pun pakai serban.
“Sebab itu tak ramai kerja di situ. Sebab itu perkara menyebabkan ramai orang Punjabi dan Sikh tidak bekerja.
“Kita akan monitor. Kita harap mana-mana pekerja yang berdepan diskriminsi sedemikian akan maklum kepada kita.” #sumber

Subscribe to receive free email updates: