MALAYSIAKINI
Anggaran dana RM1 bilion diperlukan bagi beberapa projek tebatan banjir jangka panjang di Pulau Pinang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pejabat daerah, katanya, telah mengenal pasti 13 projek tebatan banjir bagi menangani krisis banjir yang melanda pada 4 dan 5 Novemberr lalu, yang melibatkan sekitar 80 peratus kawasan pulau dan tanah besar di Seberang Perai.
“Setakat ini, kerajaan pusat telah meluluskan sebanyak RM150 juta dalam projek pembinaan tebatan banjir bagi fasa ketiga Lembangan Sungai Pinang.
"Kita akan lihat keadaan kewangan kita untuk membantu kerajaan negeri untuk melaksanakan projek-projek ini," katanya selepas melawat Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Agama Rakyat Ar Ridwan di Tasek Gelugor.
Najib berkata kerajaan persekutuan sama sekali tidak akan menganaktirikan Pulau Pinang dan akan tetap menyalurkan bantuan seperti yang diberikan kepada Kelantan.
Beliau juga turut menasihatkan rakyat agar menjaga kebersihan seperti tidak membuang sampah ke dalam longkang dan parit bagi mengelakkan ia tersumbat dan akhirnya keadaan banjir menjadi lebih buruk.
Katanya apa yang berlaku di negeri ini yang menyebabkan banjir besar berlaku, selain akibat taburan hujan yang lebat, ia juga boleh dikaitkan dengan sikap manusia.
“Hujan yang turun pada Ahad lalu adalah hujan yang turun dalam sehari itu menyamai dengan sebulan hujan," katanya.
Najib juga berkata keadaan bencana sekarang sudah bertukar akibat perubahan cuaca dan berlaku kadang-kadang keadaan yang sukar dijangka seperti banjir ini.
"Kita juga tidak terlepas daripada bencana seperti yang berlaku di luar negara dan sebagai sebuah kerajaan kita akan memberi jaminan untuk melindungi rakyat kita," katanya.
"Saya yakin rakyat juga akan turut membantu agar tidak memburukkan lagi keadaan," katanya.
Setakat ini, lebih 3,000 orang telah dipindahkan ke 42 pusat pemindahan manakala sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan mati akibat bencana itu.
Mengiringi Najib adalah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew.
Mengenai kerjasama antara pegawai negeri dan persekutuan, Najib berkata ia "sangat baik".
"Terjemahan kerjasama erat ini adalah baik sehingga mampu menangani masalah banjir ini dengan tersusun.
"Semua pihak bekerja sepanjang masa untuk membantu mangsa-mangsa banjir dan perkara ini turut diakui Ketua Menteri, Lim Guan Eng," katanya.
Beliau berkata senario hubungan baik itu merupakan contoh terbaik yang perlu diikuti semua pihak di negara ini ketika berlakunya bencana.
Mengulas desakan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap kerajaan Pulau Pinang agar membatalkan pembangunan berisiko di lereng-lereng bukit negeri ini, Najib berkata kerajaan negeri perlu mengambil kira pandangan tersebut jika ia memberi kebaikan kepada semua pihak.
"Sebarang projek pembangunan yang mahu dilakukan itu mesti ikut peraturan kerana jangan sama sekali menjejaskan alam sekitar dan boleh menyebabkan akan berlaku keadaan yang lebih buruk lagi.
"Kerajaan persekutuan akan berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang selepas ini untuk melihat perkara ini kerana yang lebih penting untuk kita utamakan adalah keselamatan dan kebajikan rakyat," katanya.
Najib juga berkata beberapa NGO akan turut turun padang membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.
Pada majlis itu juga Yang Dipertua Pandu Puteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan bantuan sebanyak RM50,000 kepada mangsa banjir dan RM60,000 kepada Majlis Keselamatan Negara Pulau Pinang.