PKR menyambut baik gesaan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa yang menggesa anggota parti itu lebih agresif menceritakan "kejayaan" presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung PRK Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Najib memang sudah melakar pelbagai kejayaan luar biasa malah ia turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa.
Katanya memang menjadi tugas jentera Umno menguar-uarkan kejayaan perdana menteri ketika ekonomi negara kini berada dalam keadaan tidak menentu.
"Justeru mereka jangan malu untuk berkongsi maklumat dan tidak akan menyembunyikan apa-apa kebenaran, contohnya kes siasatan 1MDB.
"(Ceritakan juga) apa sudah jadi dengan Jho Low? Di mana dia ketika ini? Apakah kerajaan Malaysia bekerjasama dengan Jabatan Kehakiman AS ? Apakah tindakan yang sepatutnya diambil terhadap Najib?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - ialah ahli perniagaan muda kelahiran Pulau Pinang yang menjadi tumpuan ramai dalam siasatan skandal 1MDB.
Cerita kepada rakyat sendiri
Najib menafikan beliau terlibat dalam sebarang salah laku atau penyelewengan, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan perdana menteri bebas daripada sebarang perbuatan jenayah.
Buat masa ini tidak dapat dipastikan di mana Jho Low berada.
Pada 23 Okt lalu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan media yang memetik beliau sebagai berkata, kerajaan Malaysia sedang meminta bantuan Interpol untuk mengesan Jho Low.
"Jawapan YAB Timbalan Perdana Menteri ketika di sidang Parlimen pagi ini ke atas soalan tambahan YAB Ahli Parlimen Gombak (Datuk Seri Azmin Ali) jelas menyatakan bahawa tiada kes untuk disabitkan," kata Ahmad Zahid.
Katanya polis sudah menutup kes berkenaan dan tiada lagi permintaan oleh Interpol terhadap kes tersebut.
Annuar pada 8 Nov lalu menegur jentera penerangan Umno yang disifatkannya "malu alah" untuk menyebarkan kejayaan Najib memacu kemajuan negara.
Beliau yang juga anggota parlimen Ketereh berkata terdapat usaha menenggelamkan kejayaan Najib dengan menimbulkan persepsi buruk terhadapnya, seperti negara bakal bankrap dan rakyat menghadapi kehidupan sukar.
Beliau juga berkata jentera penerangan Umno tidak perlu ada rasa rendah diri untuk bercerita mengenai kejayaan itu.
Kata Saifuddin Annyar tidak perlu menyalahkan pihak lain kononnya menyebarkan fitnah atau sebaran maklumat palsu mengenai 'kejayaan' Najib itu kepada rakyat.
Katanya penceritaan perkara sebenar berkaitan perdana menteri "sudah diketahui umum" dan bukti didedahkan pihak berkuasa AS tidak lagi dapat disangkal.
"Seluruh dunia sedang bercerita hal ini, mengapa tidak diceritakan kepada rakyat di negara sendiri?
"Tiada sesiapa pun yang bercakap perkara negatif mengenai Najib kerana semuanya adalah kebenaran," katanya.